Aqiqah di Tanah Suci RM1000 (termasuk kos memasak & bahan)

cimg4701

Foto : Ustaz Halim bersama pelajar-pelajar Malaysia di Madinah dalam majlis Aqiqah dari wang yang diberi oleh pemohon-pemohon agar HAJIUMRAH.COM mengadakan Aqiqah di Tanah Suci.

Kami juga boleh menguruskan jamuan Aqiqah di Tanah Suci atau mana-mana di negara Arab seperti Mesir, Sudan dsb. Contohnya dalam Musim Haji 1429H/2008M, sebanyak 6 ekor kambing Aqiqah disembelih dan jamuan diuruskan untuk dimakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Tanah Suci. Begitu juga seekor lembu Aqiqah disembelih dan dijamu untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir pada 3/4/2009. Harga bagi satu Aqiqah beserta kos memasak dan menjamu ialah RM1000.00 (Satu Ribu  Ringgit sahaja).

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH

Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an’am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH

Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:

Akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.

Daging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.

Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.:

Yang bermaksud: “Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.”

Syarat-syarat akikah:

Berniat akikah ketika menyembelih.

Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

CARA MELAKUKAN AKIKAH

Berdoa semasa hendak menyembelih:

Yang bermaksud: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …” (menyebut nama anak).

-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:

-Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
-Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
-Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
-Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
-Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
-Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
-Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
-Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu ataua wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
-Menyedekahkan daging akikah yang dimasak kepada fakir miskin.

AQIQAH BOLEH DIMAKAN OLEH BUKAN ISLAM

SOALAN:
Baru-baru ini saya mengadakan majlis akikah untuk anak lelaki saya yang baru saja dilahirkan. Mengikut hukum anak lelaki harus korbankan dua ekor kambing, jadi saya telah pun menunaikannya. Ketika majlis ini berlangsung ada juga tetamu bangsa Cina yang hadir.

Adakah sah akikah saya yang dimakan oleh tetamu bangsa Cina itu?

JAWAPAN:

Tiada tegahan dalam mana-mana nas secara qatie (muktamad) sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih yang boleh difahami bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging akikah.

Selagi mana tiada nas yang secara sorih (terang) yang menegah maka selagi itulah perkara itu dilihat suatu yang tidak mutlak dari hukumnya. Apa yang perlu difahami di sini ialah hukum melaksanakan akikah itu sendiri.

Di samping itu daging akikah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu’: 8/322)

Pengertian akikah menurut syarak

Akikah dalam pengertian syarak ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an’am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Falsafah tuntutan menunaikan akikah adalah sebagai tanda kesyukuran seseorang setelah mendapat anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kepada yang lain untuk berakikah juga untuk anak mereka (jika belum). Bagi bukan Islam, tiada peruntukan akikah.

Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam syarak. Perkara ini bukan sekadar nas semata-mata malahan boleh dilihat sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW ketika baginda mengakikahkan cucundanya Hasan dan Husain r.a.

Ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda yang maksudnya: “Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (akikah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (riwayat Abu Daud)

Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan akikah, melainkan jika akikah itu dinazarkan baharulah ia dipanggil akikah wajib.

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW: “Anak-anak tergadai (terikat) dengan akikahnya, disembelih (akikah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya”. (riwayat at-Tirmidzi)

Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis “anak tergadai dengan akikahnya” di sini.

Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diakikahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diakikahkan.

Pendapat kedua

Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diakikahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini dilihat pendapat yang lebih utama. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

Akikah disebut dalam hadis yang bermaksud: Bersama bayi yang lahir itu akikah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (riwayat Bukhari)

Ini bermakna: “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan akikah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”. (riwayat Ashabus Sunan)

Akikah itu pula dari sudut bahasanya adalah tolakan iaitu tolakan dari gangguan dan godaan syaitan.

Adapun persoalan mengenai memberi makan atau dimakan daging akikah oleh bukan Islam tidak mencacatkan amalan akikah. Biarpun daging akikah itu dimakan oleh bukan Islam, akikah itu tetap sah dan tidak perlu diulangi.

Sebenarnya perbuatan kita melabelkan hidangan dengan ayat hidangan untuk orang Islam sahaja adalah tidak wajar. Seolah-olah kita memperkecilkan tetamu yang datang ke majlis keraian kita dengan tidak mengizin mereka menjamah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan bukan Islam muslim boleh memakan daging akikah.

Setiap ibu bapa atau ahli keluarga apabila mengadakan majlis tersebut mereka mengharapkan doa yang ikhlas daripada sanak saudara dan sahabat andai atau jiran tetangga yang datang bertandang ke majlis itu.

Jika yang diundang itu bukan Islam sekurang-kurang kita dapat menghampiri mereka dan memahamkan bahawa Islam tidak menghalang pergaulan dan penglibatan bukan Islam dalam majlis yang diadakan oleh orang Islam.

Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kenalan kita yang bukan Islam mengenal amalan yang terkandung dalam agama yang suci ini.

12 Respons

  1. saya ingin bertanya tentang akikah, berpa kos jika saya ingin melakukan nya di sepang.
    Wassalam

  2. Salam,

    Saya berniat untuk melakukan aqiqah untuk anak perempuan saya di tanah suci…bagaimana caranya untuk saya menyertai ibadah aqiqah tersebut

  3. Assalamualaikum
    Majlis Aqiqah anak sulung lelaki saya Arif Gzalai insyallah akan diadakan pada 30 hb Nov 2009.
    Dianjur bersama oleh Biro Agama Islam Hospital Tg Ampuan Afzan Kuantan Pahang.
    Satu bahagian RM 330 hanyan dengan daging lembu sahaja.
    Demikian setelah merujuk kepada seorang teman Tuan Haji Ismail, dia mangatakan kalau tujuan Aqiqah itu seharusnya 2 ekor kambing untuk anak lelaki.
    Tetapi kalau Qurban hanya perlu 1 bahagian sahaja.
    Setelah merujuk kepada pelbagai unsur Aqiqah, ada pendapat yang agak berlainan.

  4. assalamualaikum,saya ingin bertanya,bolehkah saya aqiqah untuk diri sendiri menggunakan duit sendiri?saya berumur 23 tahun dan berdasarkan ibubapa,saya belum pernah di”aqiqahkan..dan apa hikmah/kelebihan melakukan aqiqah di tanah suci?

  5. Salam. Sahkah aqiqah ank lelaki sy dgn hanye menyembelih 1 ekor kambing sahaja.

  6. assalamualaikum ustaz,

    untuk anak lelaki pakej akikah di tanah suci RM700 dan perempuan pun same ke?

    bagaimana hendak ambik pakej ni? saya di penang.

    • assalamualaikum ust
      saya ibu kepada 6 orang anak. saya memeluk islam sebelum berkahwin dengan suami. setelah banyak bertanya, barulah saya faham yang aqiqah menurut adat keluarga suami tidak mengikut syarat yang sepatutnya. tidak ada seekor kambingpun yang dikorban semasa setiap kali aqiqah dilaksanakan. saya berharap untuk menunaikan aqiqah untuk kami sekeluarga. adakah sah aqiqah jika menggunakan wang pinjaman peribadi dan dengan niat membantu suami

  7. assalamualaikum

    sah tak aqiqah atau apa hukumnya kalau saya bercadang untuk mengeluarkan perbelanjann/menggunakan duit saya untuk majlis aqiqah ANAK SAUDARA saya ( dia baru berumur 5 bulan).

  8. Salam ustaz, smasa sy mngandung sy tlah brnazar skiranya sy d kurniakan anak lelaki sy akan akikahkan anak sy dgn seekor lembu……. alhamdulillah sy tlah mlahirkan seorng ank lelaki……. sy ingin kikahkan ank sy dgn seekor lmbu, tetapi kluarga sy mngatakan utk ank lelaki hnya sebahagian shj dan tdak prlu seekor……… apa pndangan ustaz???

    terima kasih.

  9. Salam ustaz, sya ingin bertanya kemusyilan soalan. Saya telah mengakikahkan kedua- dua ank sya dengan seekor kambing tiap2 seorang. Namu sya ada berkata untuk buat akikah untuk ank sya di tanah suci. Tapi suami tegaskan bahawa dah laksanakan akikah. Macam mana tu ustaz.adakah yg saya kata itu wajib…?

  10. Assalamualaikum ustaz…

    Sy bercadang utk mengupah pihak ustaz membuat aqiqah di tanah suci utk anak sulung perempuan saya. (2 tahun 3 bulan) .. bagaimana caranya dan bilakah aqiqah itu akan dibuat setelah bayaran dibuat?

    terima kasih.

  11. Waalaikumsalam wr wb.

    Boleh guna wang pinjaman, asal kita membayarnya mengikut jadual pembayaran yg telah dipesetujui bersama.

    Boleh sembelih seekor kambing utk anak lelaki, serupa seekor utk anak perrempuan.

Tinggalkan komen