(D) 4/7-14/7/2016 Umrah Akhir Ramadan+ Syawal (11-13hari) RM8950

HARI 01– Jemaah berada di KLIA dan check-in. Jemaah yang tiba awal sila duduk di kerusi-kerusi dan tunggu berdekatan dengan Pintu 05 di Lantai Berlepas (Departure Floor), iaitu tingkat yang teratas sekali.

HARI 02 – Rombongan jemaah tiba di Jeddah Aiport. Jemaah kemudiannya tiba di Madinah dengan menaiki bas ekspress. Jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah saw. Kemudian acara bebas di Raudhah, sebuah taman dari taman-taman Syurga (Hadis).

HARI 03 & 04 – Rombongan ibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Jemaah juga akan melawat Pasar Kurna dan Ladang Kurna untuk membeli buah kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia.

HARI 05 – Jemaah bersiap untuk berihram dan bas bertolak menuju ke Mekah. Di miqat Bi’r Ali (kira-kira 7 km dari pusat bandar Madinah), jemaah akan singgah sebentar, bersolat sunat Ihram dan berniat Umrah. Didalam bas, jemaah bertalbiyah dan berehat. Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah yang pertama dibawah bimbingan mutawif.

HARI 06 – Jemaah dibawa dengan bas ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan juga tempat-tempaty Manasik (mengerjakan ibadat) Haji seperti padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di tempat lawatan terakhir, Jaaranah, yang merupakan salah satu tempat Miqaat, jemaah akan bersiap ihram dan berniat Umrah. Selepas itu bas membawa jemaah kembali ke hotel atau Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah yang kedua.

HARI-HARI SETERUSNYA – Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan miqaat Umrah untuk mengerjakan Umrah. Tempat-tempat bersejarah termasuk Hudaibiyah (tempat Nabi saw mengadakan Perjanjian Hudaibiah dengan Quraisy), kubur-kubur isteri-isteri Nabi saw dan sebagainya. Ini tertakluk kepada perubahan program.

HARI TERAKHIR – Setelah jemaah menurunkan beg-beg besar ke bawah hotel, jemaah akan Tawaf Wadak (tawaf perpisahan) sebelum bertolak ke Jeddah Airport untuk pulang ke Malaysia.

HARI TIBA KLIA : Rombongan jemaah mendarat dan disambut oleh sanak saudara di KLIA. (Tarikh dan masa mendarat adalah seperti jadual di atas).

“Ya Allah, terimalah ibadah Umrah ku sebagai ibadah yang mabrur. Ameen”

Cara Mendaftar :

Hubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 / 012-659 0000 (Cik Aisyah, staff) atau terus SMSkan / WASAPkan nama-nama penuh dan tarikh pilihan ke Pejabat Urusan 012- 659 0000 (Cik Aisyah, staff).

“HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim  www.HAJIUMRAH.com 019-678 0000

B. Engineering (University of Queensland, Australia), B.A. Pengajian Islam & Bahasa Arab (Al-Azhar, Mesir), G.D. Pengajian Islam (Cairo, Mesir)

Sijil Pengurusan Haji Tabung Haji Malaysia (Universiti Sains Islam Malaysia) I (2009) & II (2010)

Like this:

Like Memuat…

Sunting entri ini.

30 Respons

  1. Pakej Umrak Akhir Ramadhan 2008:
    1. Ada tak alternative flight lain selain Biman Air?
    2. Hotel di Mekah dan Madinah serta lokasinya dari masjid?

  2. Salam ustaz,

    Saya pohon untuk mendapatkan anggaran kos pakej 5/9 akhir ramadan (14+5 hari) untuk 8 org dewasa. Terima kasih.

  3. Salam,

    Saya ingin tahu jenis pakej & harga pakej utk umrah akhir ramadhan 2009.

    Kami orang Singapura (suami-isteri).

    Harap dpt membantu.

    Wasalam

  4. SALAM UST.KAMI SUAMI ISTERI BERCADANG UTK MENGERJAKAN UMRAH PADA 2/SEPT 09 IAITU II RAMADAN INI’ JADI KAMI INGINKAN TAHU HARGA PAKEJ

  5. Assalamualaikum Ustaz.

    Apa khabar?

    I have spoken to Hj Azhar some time ago, to keep me posted on the Akhir Ramadan umrah.
    I’m still interested to go. Please inform me if there’s any new development.

    Thank you
    Mardiana

    • Assalamualaikum Ustaz,

      If based on the information on this website, the departure date for Akhir Ramadan umrah is 5/9/09 and the return date is 24/9/09. That makes it a 20-day umrah.

      For the 14-day umrah, what is the departure date. Please provide me with the details 4 me to plan & apply for my annual leave.

  6. pakej umrah akhir ramadhan 14h. ini naik pesawat mana,hotel?

  7. Assalamualaikum Ustaz,

    Hope you are fine & in the country.

    I’d like to make a confirmation on the end of Ramadan umrah since Ramadan is a month away. Please provide me with the details.

    My friend would like to go for this umrah too. But she is in need of some kind of a kuliah / course well ahead of the scheduled departure. Will there be any kuliah in the very near future? Or can the buku panduan umrah be provided in advance?

    RSVP. Thank you

    Regards
    Mardiana

  8. Saya ingin bertanya samada ada peluang
    lagi untuk umrah akhir Ramadhan?

  9. Ustaz Halim,

    Tolong daftarkan nama saya untuk umrah akhir ramadhan seramai 2 orang (2 orang sebilik). Sila hubungi saya HP: 012-7911266 dan email spt di atas.

  10. Assalamualaikum ustaz,

    Boleh saya dapatkan quotation untuk pakej akhir ramadhan 17 hari untuk saya, isteri, anak(13 tahun), anak(11 tahun), anak(infant). Untuk bilik, perlukan 1 bilik shj.
    Minta maklumkan juga 1) hotel brp jauh dari masjid nabawi dan haram. 2) flight + berapa jam

    Terima kasih.

  11. Sy brminat utk package 17 hari akhir Ramadhan bersama &keluarga sy .

  12. Saya ingin menunaikan umrah di akhir ramadhan. Berapa kah harga untuk 14hari untuk sebilik 2 orang (suami isteri)? Di Madinah penginapan di hotel mana? Di Mekah penginapan di hotel mana? Pakej 14 hari ini sudah termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik ke? Berapakah harga paling istemewa jika saya pergi untuk 2 orang? Terimakasih.

  13. Salam Ustaz,

    Saya berhajat untuk mengerjakan umrah akhir ramadhan 2011 bersama suami. Boleh kah saya bawa bersama anak kecil yang lebih kurang dalam 5 bulan untuk menyertai umrah?
    Di sana ada perkhidmatan nursery untuk memudahkan saya mengerjakan ibadah?
    Terima kasih ustaz

  14. umrah akhir ramadan
    tolong nyatakan dengan siapa saya boleh berhubung jika diluar KL

  15. Assalamualaikum wbt,
    Kami, 3-4 org pelajar dari UK berminat ingin mengerjakan umrah pada 10 terakhir ramadhan dan diikuti dgn sambutan syawal selama 2-3 hari di mekkah. Boleh kami tahu quotation harga utk perjalanan ni, xtermasuk tiket return ke UK. Kami jg ingin tahu adakah pihak saudara blh mengruskan visa utk kami di sini(uk) atau perlu kami uruskan sendiri? Terima kasih, wassalam

  16. Salam ustaz. Saya berminat pd Umrah Akhir ramadhan 1432H / 2011M. Bagaimana term pembayaran? T kasih

    (Fax 03 61569815)

  17. Assalamualaikum Ustaz

    Saya ingin ikut serta pakej 14 hari akhir Ramadhan 2011. Tapi saya sekarang berada di UK bersama isteri. Boleh Ustaz berikan harga untuk ground arrangement sahaja untuk 2 org dan tarikh yg saya perlu book flight dari UK ke Jeddah untuk menyertai group yg bertolak 20/08/2011? Dan hari terakhir di Mekah 02/09/2011 ke? Visa saya perlu uruskan sendiri atau bagaimana?

    Terima Kasih Ustaz

    Salam

  18. Assalamualaikum,

    We wish to register for the 14-28/8/2012 (Ramadhan + Syawal) umrah next year. Total will be 8 pax ie 2 adults & 6 children (Ages: 15-1pax, 13-2pax, 12-1pax, 10-1pax & 4 yrs).

    Please advise on the registration process.

    thanks,

  19. salam ustaz.
    saya berminat utk pakej 5870rm buat umrah di akhir ramadan 2012.
    harga ni final atau masih ada lagi tambahan tambahan kemudiannya.
    camna saya nak buat booking utk 2 org.
    terimakasih.
    wassalam.
    amin

  20. Assalamualaikum wbt, Ustaz.

    Saya check hari raya 2012 pada 19 Ogos. Maksudnya tak dapatlah 10 malam terakhir di Masjidil Haram ya,ustaz?

  21. Assalamualaikum,

    Ana (Yuliana Bt Ayob) dan Emak berhasrat untuk menyertai umrah bimbingan bersama Ustaz Halim pada 14/8/2012-28/8/2012 iaitu umrah Ramadan dan syawal.

    Ana ada beberapa soalan.

    -adakah ini umrah bimbingan bersama ust halim? boleh sertakan tarikh lain untuk umrah bimbingan bersama Ustaz?

    -adakah harga yang ditawarkan iaitu 5870 adalah tetap dan tiada langsung sebarang penambahan? Jika ada penambahan(sepemahaman ana 1 hari rm100?) agak2nya secara kasar berapa jumlah anggaran penambahan tersebut?

    -adakah pihak ustaz menggalakkan pengambilan pil mengelak haid?

    -adakah tarikh yg diberikan tetap dan jika tidak tetap, blh berikan anggaran perubahan tarikh?

    Ana mendahului balasan pihak Ustaz dgn ucapan terima kasih.

    Ikhlas,
    Dr. Yuliana Ayob,
    Akhawat ISMA

  22. assalamualaikum Tuan, saya dan isteri berminat utk menyertai pakej umrah akhir Ramadan dan awal syawal 1433

  23. assalamualaikum ustaz,
    saya puan hamidah hannani ahmad dari kulim hi -tech.019 402 1234 atau 019 4010307

    saya ada 3 soalan:masyaAllah,insyaAllah,subhallah….laa quwwata illa billah….

    1-saya berazam untuk menunaikan umrah akhir ramadhan dan awal syawal 2012 tanpa hati diganggu apa2 program lain,tetapi suami saya merindui tanahairnya mesir.

    saya ingin hati penuh dengan tumpuan pada ramadhan dan rohnya,lebih2 lagi di baitullah dan raudhah.

    diantara 3 pakej umrah ramdhan ini,manakah yang ustaz nasihatkan untuk win-win situation antara kami:

    a)akhir ramadhan+awal syawal (my top choice)
    b)ramadhan super saver(apakah bezanya yang ini ustaz?)
    c)ramadhan +egypt.(his top choice)

    2-berapakah harga setiap pakej tersebut untuk saya, suami, anak umur 6 tahun dan 2 tahun.

    3-saya mohon redha ustaz untuk iklankan pakej ramadhan ini dikalangan rakan masjid saya kerana selain kami dan dua sahabat saya (mereka gadis masih bujang),saya merancang untuk mengajak ibu,bos saya dan kakak/makcik masjid yang saya kenali dimasjid kulim dan usm,penang.

    ustaz,kenapa tarikh pakej umrah ramadhan ustaz tu begini;
    14/8-28/4/2012 Akhir Ramadan+Syawal (14hari) RM5870.adakah 28 april atau 28 ogos 2012?

    thanks ustaz…

  24. Maklumat umrah ramadan 14/8 – 28/8/12,satu bilik 4 org,jarak hotel ke masjid

  25. Assalamualaikum,
    Insyaallah saya n family nak ikut pakej umrah akhir ramadhan/ aidilfitri ( 6 adults n 1 child ) dari 14/8 -28/8/2012 cuma saya nak kepastian samada ke mekah atau madinah dulu. Naik penerbangan apa?

  26. Ustaz, ada potongan harga untuk kanak-kanak bwh 12 tahun x? Jika ada berapa? Kami cdg nk pergi 14/8 – 28/8/2012.

  27. Assalamualaikum…
    Saya Md Nizam bercadang utk menunaikan umrah akhir ramadhan dan raya di makkah pada tahun ini 2012… boleh sy dptkan harga. Sya dgn isteri sebilik 2 org email mdnizam.yusop@gmail.com @ tel 0108970060
    terima kasih

  28. Salam Ustaz, saya ingin membawa kedua orang tua saya Umrah Akhir Ramadhan dan Syawal. Boleh saya tahu harga pakej jika saya ingin menginap di Hotel Hilton atau yang setaraf maksudnya yang dekat dengan MAsjidil Haram dan Masjid Nabawi kerana keduanya sudah tidak kuat untuk berjalan jauh. Terima kasih.

Tinggalkan komen