1 Cara Ibadah

UMRAH

Oleh : Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland), Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M. Tel :  019 – 678 0000 (Malaysia),  +966 503 508 007 (Mekah/Madinah).

Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 5 perkara Rukun iaitu :

  1. Niat Umrah,
  2. Tawaf Umrah,
  3. Saie Umrah dan
  4. Gunting Umrah.
  5. (Tertib mengikut susunan di atas)

Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara Wajib iaitu :

  1. Berniat di Miqat dan
  2. Berpantang Larang.

Ini masjid di Bi’r Ali, salah sebuah tempat Miqat Umrah, tempat jemaah berniat Umrah jika datang dari arah Madinah atau utara, ke Mekah. Di sini jemaah bersiap-siap seperti memotong kuku dan bulu, mandi sunat Ihram, memakai bau-bauan, minyak wangi dan meminyakkan rambut.

Pemandangan di dalam Masjid Bi’r Ali. Selepas jemaah Umrah bersolat Sunat Ihram 2 rakaat, mereka terus berniat Umrah dan mula berpantang larang (berihram).

1)      NIAT UMRAH

1.1)      PERSEDIAAN BERNIAT

  1. Mengerat kuku.
  2. Menanggal bulu.
  3. Mandi.
  4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
  5. Memakai pakaian putih.
  6. Solat sunat ihram

1.2)      MIQAT UMRAH

a) Miqat Zamani (Masa) : Pada bila-bila masa.

b) Miqat Makani (Tempat) :

Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.·

Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.· Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya.

1.3)      NIAT UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا  ِللهِ تَعَالَىْ

“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”.

1.4)      TALBIYAH

Sunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah.

Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ .

Setelah berniat Umrah di Miqat Bi’r Ali dan mula berpantang larang dalam Ihram, jemaah terus bergerak ke Mekah (450 km) dan memasukki Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf, Saie dan Gunting mengikut tertib. Foto : Jemaah kali pertama melihat Kaabah sebaik tiba di Mekah.

1.5)     PANTANG LARANG IHRAM

  1. Menutup kepala (lelaki).
  2. Pakaian bersarung (lelaki).
  3. Menutup muka (wanita).
  4. Memakai sarung tangan.
  5. Memakai bau-bauan.
  6. Memakai minyak rambut.
  7. Menanggalkan bulu.
  8. Mengerat kuku.
  9. Memotong pokok Tanah Haram.
  10. Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
  11. Bersetubuh.
  12. Pendahuluan persetubuhan.
  13. Akad nikah.

Pantang larang di atas berkuatkuasa sebaik setelah berniat Umrah dan tamat sebaik setelah berTahallul.

Tawaf adalah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan memenuhi syarat-syaratnya.

2)      TAWAF  UMRAH

2.1)      Syarat-syarat Tawaf

  1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
  2. Suci badan, pakaian dan tempat.
  3. Menutup aurat seperti dalam solat.
  4. Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
  5. Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
  6. Bertujuan Tawaf.
  7. Cukup 7 keliling dengan yakin.
  8. Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..

2.3)      Sunat-sunat Tawaf

  1. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
  2. Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
  3. Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
  4. Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
  5. Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
  6. Berturut-turut 7 pusingan.
  7. Tawadhuk dan khusyuk.
  8. Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
  9. Berdoa di Multazam.
  10. Minum air Zam-zam sambil berdoa.

Saie ialah berulangalik diantara Bukit Safa dan Bukit Marwa. Jarak antara kedua bukit tersebut ialah lebih kurang 400 meter. Foto : Kelihatan juga lampu hijau dimana jemaah lelaki sunat berlari anak diantara kedua lampu hijau tersebut.

Jemaah yang bersaie melepasi Bukit Marwa, dan sekarang menuju ke Bukit Safa pula.

3)      SAIE UMRAH

3.1)      Syarat-syarat Saie

  1. Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
  2. Mula di Bukit Safa.
  3. Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
  4. Saie hingga sampai ke hujung.
  5. Saie di Batnul Wadi (landasan).
  6. Bertujuan Saie.

3.2)      Sunat-sunat Saie

  1. Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
  2. Naik Bukit hingga sampai ke batu.
  3. Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
  4. Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ,  وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ ,  وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ ,  إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

  1. Berturut-turut 7 perjalanan.
  2. Berwuduk.
  3. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
  4. Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

4)      GUNTING UMRAH

4.1)      Syarat-syarat Gunting Umrah

  1. Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
  2. Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai (atau Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut).

4.2)      Sunat-sunat Gunting

  1. Bercukur bagi lelaki.
  2. Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

TAHALLUL & TAMAT UMRAH

Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul).

DOA-DOA

Doa-doa ketika bertawaf, bersaie dan bergunting terdapat di dalam buku-buku panduan Haji dan Umrah dalam pasaran.

Sekian, semoga mendapat Umrah yang mabrur.

Ustaz Halim


35 Respons

  1. Assalammualaikum..

    Saya yanti dari Johor Bahru, saya ingin mendapatkan doa safar yang dibaca sebelum berangkatnya jemaah ke tanah suci. kalau boleh saya ingin doa ini berserta terjemaahnya sekali.

    yang benar,
    yanti

  2. Allahumma inna nas aluka fi safarina haza albirra wattaqwa (Ya Allah, kami memohon di dalam musafir kami ini kebajikan dan ketaqwaan).

    Allahumma na’uzubika min wa’thaa issafar, wa kaabatil manzar, wa suu ilmuqalab fil maali wal ahl (Ya Allah, kami mohon dijauhkan dalam musafir kami ini kepayahan, pemandangan yang buruk dan kesudahan yang tidak baik dalam harta, keluarga dan anak-anak).

  3. askum.. sy adira dari terengganu.. sy ingin mengerjakan umrah pda bulan julai nanti.. boleh ustaz terangkan perkara wajib umrah.. apa yng perlu kita buat.. apa doa sebelum kita berangkat…

  4. Jika ini Umrah yang pertama, eloklah menghadiri kursus dimana sahaja dan anjuran siapa sahaja di tempat yang berdekatan. Dalam Umrah, juga Haji, istilah “Wajib” dan “Rukun” ada implikasinya yang tersendiri. Yang lebih penting ialah Rukun, tetapi Wajib juga mustahak. Rukun ada 5 (Niat, Tawaf, Saie, Gunting dan Tertib). Wajib ada 2 (Miqat, Pantang Larang Ihram). Semua bentuk doa sebelum, semasa Umrah adalah sunat belaka.

  5. salam, InsyaAllah saya akan mengerjakan ibadah Umrah minggu depan (14.07.08). Saya telah menghadiri kursus yg tlah dianjurkan oleh Tabung Haji. Saya kurang jelas dgn zikir@doa yg perlu dibaca ketika saie & tawaf. Penceramah TH kata boleh baca doa@zikir pendek tapi tdk jelas. Boleh ustaz berikan doa@zikir pendek yg perlu dibaca ketika tawaf & saei.

  6. asalamualaikum ustaz, insyaallah saya akan menunaikan umrah, saya mendapat tahu ada doa untuk dibaca untuk menangguhkan kedatangan haid. boleh tak ustaz berikan doa berkenaan

  7. Asalamualaikum Ustaz,
    Saya seorang peramugari, punya penerbangan ke Saudi , punya 3 hari penuh di Jeddah dan bercadang beramai-ramai ke Mekkah,InsyaAllah. Bolehkah saya mengerjakan umrah dalam keadaan trip kerja seperti ini? adakah niat umrah boleh dipasang di hotel (jeddah) sebelum turun ke Mkkah?perlukan petunjuk.. ini pertama kali saya berpeluang begini.

  8. Saya tertarik dengan ekonomi pada bulan april 2009
    Minta keterangan lanjut.

  9. Assalamualaikum ustaz..
    Saya telah menunaikan umrah pada bulan Ramadhan yang lepas tetapi tidak sempat mengerjakan tawaf widak disebabkan kesuntukan masa. ( Bas yang kami naikki bertolak awal pagi – selepas subuh ) apakah hukumnya dan adakah denda di kenakan…?

  10. Ustaz,
    saya dan suami bercadang mengerjakan umrah pada 2009, dan membawa 2 anak perempuan kami.
    Pertengahan tahun depan, seorang akan berumur 5 tahun dan seorang lagi 6 bulan.
    Apa pandangan Ustaz dalam hal mengerjakan umrah dgn membawa anak kecil, mungkinkah akan menjadikan pelaksanaaan ibadah lebih sukar?

  11. Assalamualaikum ya-akhii,
    you didnt’ change your phone nos by any chance?

  12. assalamualikum,
    adakah ustaz buka travel umrah ke jordan?

    +962777457338

  13. assalamualaikum…
    saya nadia dr mesir…pljr dirasat alex….akhawat medic mesir akn menunaikan umrah pd 23/8 ni…oleh krn dulu sy pernah menunaikan umrah,jd mrk meminta sy membuat taklimat/kursus spy mrk lebih jelas ttg umrah sblm mrk pergi ke sana…jd sy hrp ustaz dpt membantu dr segi ape yg perlu diberitahu kpd mrk..@syorkan mana2 blog yg bole sy rujuk….(doa2 yg perlu dibaca) klu dr mesir….niat ihram dkt mana?? dan tawaf yg pertama dinamakan tawaf qudum kan??dan akhir tawaf wida’…biasanya disana klu nk niat ihram dkt tana’im kan??n ape persediaan sblm berangkat ke sana??sy takut ade bnde yg terlupe nk bgtau mrk….hrp ust dpt bantu,mungkin ust bole email shj kpd sy…utk pengetahuan ust,insyaAllah sy akn mebuat taklimat pd 16/8 nih…hrp ade tindakbalas dr ust sblm tarikh tu….jazakallahu khairan kathira

    • – Mereka akan ziarah Rasulullah saw dulu, selepas 2-3 hari, baru kami masuk Mekah dan itu barulah buat Umrah. jadi, ana juga boleh taklimatkan mereka nanti di madinah nanti. Jangan niat apa2 sehingga mereka jumpa ana dulu.
      – Niat Umrah ialah “Nawaitu Al-Umrata, wa ahramtu biha lillahi taala” (Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah taala”.
      – Sebelum niat, bersiap dgn perkara2 sunat seperti kerat kuku, potong bulu, mandi, sikat rambut, sedikit minyak wangi di kulit badan.
      – Niat mereka nanti ialah di Bi’r Ali iaitu di pinggir bandar Madinah, dihari nak ke Mekah nanti.
      – Tawaf Qudum ialah untuk Haji Ifrad.
      – Dalam Umrah tiada Tawaf Qudum, akan tetapi Tawaf Umrah Hari Pertama itulah mengambi tempat “Tawaf Qudum”.
      – Tawaf Wadak (lebih tepat dari sebutan Widak) wajib semasa nak tinggalkan Mekah nanti.
      – Setelah Umrah Pertama (niat di Bi’r Ali) selesai, tawaf kedua, ketiga dan seterusnya boleh guna miqat penduduk Mekah iaitu mana2 di Tanah Halal (di luar Tanah Haram). Ya, Tan’iem termasuk dalam Tanah Halal, tetapi disana ada tempat2 lain iaitu Jakranah, Hudaibiah dsb. Ana akan cuba bawa mereka ke tempat2 tersebut nanti.
      – Persiapan ialah pakaian beberapa pasang, barang2 toilet, wang saku, kamera, buku2 doa, handphone, ubat2an jika kena bawa, dsb.
      – Disebabkan mereka/kami ke Madinah dulu, elok ukhti baca juga ttg Madinah dan adab2 ziarah Madinah.

      JZKK.

  14. Assalamualaikum ustaz, sekiranya membawa anak yang berumur 3 tahun & memakai pampers, bagaimanakah caranya ketika melakukan tawaf?

    • Assalamualaikum ustaz, boleh ke menggunakan push chair untuk kanak-kanak ketika tawaf & saie. Wasallam.

  15. benarkah kitA boleh megerjakan umrah beberapa kali satelah kita selesai kerjakan umrah yang pertama …jika boleh adakab hadizny?

  16. salam ustaz, bgaimana apabila tiba di madinah masih dalam hadas besar( haid), masjid2 tidak boleh masuk la ea? lagi satu, perlukah niat di bir ali jika masih belum dalam keadaan suci dari hadas tersebut? ustaz, mohon pndgn…..

  17. Asalam Ustaz.saya akan mengerakan umrah pada 3.3.12 dgn membawa anak isteri.soalan saya perlukah ank lelaki saya berumur 3 tahun 3 bulan wajib bersunat jika dibawa bersama untuk tawaf dan saei?apa nasihat ustaz dalam perkara ini.Terima Kasih.

  18. salam ustaz,
    bagaimana hukum ibubapa kepada bayi yang berumur 9 bulan yang mana bayi tersebut di gendong semasa mengerjakan ibadah umrah. bayi tersebut memakai pampers. mungkin ibubapa bayi tidak sedar yang bayi tersebut sudah bernajis. adakah ianya membatalkan kerja kerja umrah ibu bapa bayi itu. perlu kah mungkin setengah jam sekali ibubapa tersebut kena check bayi tersebut bernajis? apa pendapat ustaz?? terima kasih

  19. assalamualaikum ustaz…saya akan mengerjakan umrah pada bulan Mei ini, insyallah…saya ingin bertanya jika membawa anak berumur 3 tahun 4 bulan, berapakah tambang yang pihak ustaz caj…adakah separuh daripada tambang orang dewasa…terima kasih

    norazriza bt abdul manan

  20. salam ustaz,
    mcm mane jika kita bersentuhan dengan wanita bukan mahram ketika mengelilingi ka’abah dan ketika itu kita sedang tawaf? batalkah air sembahyangnye??

  21. Salam ustaz. Saya kelak akan ada urusan di Jeddah. Bolehkah saya sekadar pergi bersolat di masjidil haram tanpa membuat umrah? Saya ada diberitahu tidak boleh jika sekadar masuk ke makkah tanpa membuat umrah. Sekian, terima kasih.

  22. salam,ustaz saya terdapat kemuskilan,baru2 ini saya ada mengerjakan umrah.terdapat dlam pantang larang umrah mengatakan wanita tidak dibenarkan menutup muka.ketika saya ke masjid terdapat kawasan pembinaan yang dipenuhi habuk dan saya telah menutup muka (iaitu pemukaan hidung dan mulut) untuk mengelakkan debu masuk ke hidung.adakah saya dikenakan dam?harap ustaz dapat membalasnya.terima kasih.

  23. Assalamualaikum ustaz..

    Saya kini bertugas dlm misi PBB di Lubnan. Sy berniat untuk mengerjakan umrah apabila dpt cuti nnt.

    Soalan saya, semasa kt bersiap2 untuk berniat di Miqat, antara persediaannye adalah memakai bau2an. tetapi di dalam pantang larang ihram salah satunye memakai bau2an.

    So, cmne tu ustaz. bukan ke slpas niat tu kt da kene pakai ihram ker?

  24. assalamualaikum ustaz,

    mohon pencerahan…24/1/2013 ni isyaAllah saya akan ke umrah…dengan membawa dua anak kecil..seorang 3 tahun…seorang 1 tahun..bagaimana persiapan ketika membawa anak membuat umrah…

  25. Seorng isteri berniat umrah di miqat ( selepas menunaikan umrah pertama) tetapi tidak menunaikan baki rukun umrah dan terus balik ke malaysia.Perlukan di habiskan semua rukun dengan pergi semula ?atau umrah nya di kira tidak sah dan tidak di kenakan apa apa Dam?
    Mohon penjelasan tuan.
    Terima kasih

  26. A’kum ustaz

    Saya akan megerjakan umrah pada 12 April minggu depan..saya bawa bersama anak yg berumur 12 tahun tapi masih belum baligh lagi…bagaimana dari segi niat utk kerjakan umrah..saya d fahamkan wajib niat kerjakan umrah bagi pihak anak saya selain dia kena berniat sendiri…boleh ke ustaz bagi penerangan yg lebih ..

    T/kasih ustaz
    Wasalam

    • A’kum ustaz

      Saya akan buat umrah 12 April..saya bawa anak 12 tahun yg belum baligh..saya d fahamkan bahwa saya juga kena niat utk anak saya kerjakan umrah..betul ke ustaz?

      • salam , nak tanya macan mana kalau kita selalu terkeluar air kencing sedikit2 boleh kah kita buat umrah

      • Assalam Ustaz..sy mempunyai soalan sama dgn En. Abdullah.Minta jawapan drp ustaz..? Tq..

  27. Assalamualaikum ustaz,

    saya bercadang untuk mengerjakan umrah bersama keluarga. saya, isteri, bersama 2org anak perempuan yg masing2 berumur 5thn & 2thn. adakah boleh saya mengerjakan ibadah umrah bersama anak2 saya? apakah pantang larang yg biasa terdapat jika bersama anak2 kecil? saya berminat dengan pakej pinjaman untuk mengerjakan umrah. adakah saya layak untuk memohon bagi menampung pinjaman untuk sekeluarga? harap dapat bantu saya.

    012-2729926

  28. Assalamualaikum Ustaz,
    Boleh saya tahu hukumnya wanita memakan pill untuk melambatkan haid supaya boleh mengerjakan tawaf?

  29. Wsm ww.

    Sebaik bertahallul, boleh terus nikah kahwin.

Tinggalkan komen