Kubur Maimunah ra

foto-maimunah.jpg

Bersama rombongan menziarahi kubur Maimunah ra (Pakej Haji 2007H)

Maimunah ra adalah isteri Rasulullah saw yang terakhir dikahwini iaitu pada tahun 6H, kira-kira 4 tahun sebelum Nabi saw wafat. Nabi saw mengahwininya ketika hendak masuk ke Mekah mengerjakan Umrah Qadak. Maimunah ra terkenal dengan ketaqwaannya dan kuat menghubungkan Silaturrahim, seperti yang dikatakan oleh Aisyah ra. Walaupun telah berhijrah dan semua isteri-isteri Nabi saw yang berhijrah dikebumikan di Madinah, Maimunah ra berdoa semoga dia meninggal dunia dan dikebumikan di tempat mana dia berkahwin dengan Nabi saw. Allah memperkenankan doanya. Suatu hari ketika melalui tempat ini di Sarif, Maimunah meninggal dunia dan dikebumikan di situ.Walaupun kubur Maimunah ra kurang diketahui umum,  jauh dan jarang dilawati namun ia menjadi tempat kunjungan yang mesti bagi rombongan Ustaz Halim semasa setiap Umrah dan Haji, memberi salam dan berdoa untuknya.

Satu Respons

  1. Assalamualaikum…Ust.Halim…saya dari Tiram Travel, No.63B, Jalan Haruan 5/3, Oakland Commerce Square,70300 Seremban. Saya pernah hubungi Ustad Halim dlm bulan Feb 09 dulu. Saya ingin meminta jasa baik ustad jika ada kelapangan boleh singgah kat Office saya. Saya nak maklumkan pada Ustad tentang pembukaan cawangan Tiram Travel yg terbaru di Seremban 2. Jika ada masa mintak ustad hubungi saya di no.012-2711971 pada bila2 masa. Untuk pengetahuan ustad, Tiram Travel ini dipunyai anak syarikat Perbadanan Johor dan bergiat cergas dlm bidang Perkhidmatan jualan UMrah dan Haji.

Tinggalkan komen