Lawatan ke Aceh Penuh Pengajaran

Pada 19-22 Feb 2023, DIAFA TRAVEL membawa kira² 30 peserta melawat Aceh untuk mengamati pengajaran² dari bencana Tsunami.

Hari pertama peserta² dibawa melawat sebuah kapal yang tersadai di atas 2 buah rumah apabila Tsunami surut.

Mangsa tsunami yang terselamat (duduk kiri sekali) mendengar suara ghaib menyuruhnya lari dari pantai dan naik ke tingkat 2 rumah Puan Abbasiah.

Apabila Tsunami terjadi di tengah lautan, ia menyedut air di pantai dan di sungai hingga menjadi kering. Kerana melihat terlalu banyak ikan² yang terdampar, orang² kampung sibuk mengutip ikan² tanpa menyedari Tsunami sedang bergerak laju menuju ke arah pantai di mana mereka sedang berada.

Apabila terlihat Tsunami seperti ular kobra setinggi bukit, semua orang cuba lari menyelamatkan diri jika sempat.

Ketika itu, sambil merenung ke arah Tsunami yang telah hampir, seorang ibu menjadi pasrah dan hanya dapat menunggu masa mati tanpa bergerak lari seperti orang² lain.

Tiba-tiba dia mendengar suara ghaib menyuruh dia lari dari pantai dan naik ke tingkat 2 rumah Puan Abbasiah.

Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia boleh berlari dengan kelajuan luar biasa dan sampai ke rumah Puan Abbasiah sebelum sempat Tsunami dengan kelajuannya beratus km/jam sempat menyambarnya.

Air semakin naik, tetapi mujurlah datang sebuah kapal yang disangka mereka didatangkan oleh pasukan penyelamat menghampiri mereka. Seramai 59 orang naik ke atas kapal tapi mendapat tiada seorang pun anak kapal di situ !!!

Pada petang hari, apabila air surut, kapal itu tersadai di atas 2 rumah orang kampung.

Kampung itu yang bilangan asal penduduknya sekitar 6000 orang hanya tinggal beberapa ratus orang sahaja yang terselamat. 5500 orang lebih yang lainnya mati ditelan Tsunami.

{ … فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ یَتَفَكَّرُونَ }

Demikian Allah swt menunjukkan tanda² kekuasaan nya. Firman Allah swt :

bermaksud, “Ceritakan kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir” [Surah Al-Aʿrāf: 176]

DIAFA TRAVEL 019-678 0000

Lawatan Tadabbur ke Aceh

Pada 19-22 Feb 2023 DIAFA TRAVEL membawa rombongannya bersama peserta² di bawah Masjid Sikamat, Seremban, NS ke Aceh.

Lawatan bertujuan melihat tempat² keajaiban akibat Tsunami tahun 26 Dis 2004, mendengar kisah² keajaiban dari mangsa² yang masih hidup disamping menikmati keindahan bumi Aceh serta kelazatan masakan melayu Aceh.

Hari ketibaan di Aceh dimulai dengan menikmati jamuan masakan melayu Aceh yang sedap, sesuai dengan selera kita melayu Malaya.

Muslimin dan muslimat Aceh kuat ikatan mereka dengan masjid. Saiz masjid-masjid mereka sangat besar, diluar kemampuan kewangan persensidirian mereka diawal pembinaan. Tapi mereka tetap mula membinanya sedikit demi sedikit dan yakin siap walau memakan masa bertahun-tahun.

Apabila berlaku gempa atau sesuatu bencana, mereka akan di masjid-masjid. Semasa Tsunami berlaku, banyak kisah-kisah keajaiban diceritakan yang berlaku di masjid-masjid.

Ketua rombongan, Ustaz Halim dan isteri, Ustazah Fariza di Masjid Raya Baiturahman, di tengah-tengah Banda Aceh.

Pakej selama 4 hari 3 malam dipenuhi dengan :

(1) Lawatan² ke tempat² peninggalan Tsunami seperti kapal tersadai di atas bumbung rumah.

(2) Mendengar sendiri kisah² dari mangsa² Tsunami yang masih hidup. Banyak keajaiban yang boleh dijadikan pengajaran.

(3) Melihat keindahan bumi dan penduduk Aceh serta menikmati makanan mereka yang lazat.

PENDAFTARAN

Berlepas setiap bulan dan cuti sekolah.

Sila klik di sini wasap.my/60196780000/Daftar_Pakej_ACEH_2023_Diafa_Travel

DIAFA TRAVEL