EgyptTour (2-3 hari) +Umrah

mesir-waktu-maghrib.jpg 

Kaherah di Mesir … bandaraya seribu masjid. 

Pakej-pakej Ziarah menarik yang ditawarkan pada masa kini adalah termasuk ke negara-negara seperti Mesir, Jordan, Syria, Lubnan, Gold Coast (Australia) dan Kemboja. Destinasi-destinasi lain akan ditawarkan kemudian, insyaAllah. Di sini kami sertakan aturcara Ziarah-ziarah yang berkenaan. Terima kasih. 

(1) ZIARAH MESIR 3 HARI (TRANSIT KE UMRAH)

piramid-unta.jpg 

Ziarah seperti ini adalah untuk semua Jemaah Umrah+Egypt Tour termasuk Jemaah Umrah April + Egypt Tour yang berlepas pada 7/4/2008, 9/4/2008 dan Jemaah-jemaah Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun + Egypt Tour yang berlepas pada 25/5/2008 dan 29/5/2008.

Hari 01 – Rombongan bertolak tengah malam dari KLIA dan tiba di Cairo pada jam 7.00 pagi. Terus ke hotel dan dibawa melancung menziarahi kota Kaherah termasuk Masjid dan Maqam Imam Asy-Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar, Masjid Sayyidina Hussein, Bazaar Khan Khalili dan sebagainya.

Hari 02 – Melawat Piramid, Museum Fir’aun, Sungai Nil (yang terpanjang di dunia) dan kilang Kristal Al-Asfor yang terkenal.

Hari 03 – Melawat bandar Iskandariah, 250 km dari Kaherah. Terletak di tepi Laut Medditerranean. Di Iskandariah, rombongan juga akan melawat Kubu Salahuddin Al-Ayyubi bernama Qaitbay yang terletak di tepi laut, Masjid Al-Mursi, Perpustakaan Iskandariah, dan lain-lain tempat menarik.

Hari 04 – Rombongan bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah.

pyramid-at-night.gif 

Piramid di Giza, Cairo 

12 Respons

  1. assalamualaikum,
    saya ada bercadang nak menunaikan umrah serta ziarah ke mesir tetapi bila di mesir nanti saya akan balik sendiri kerana ingin melawat anak yg sedang belajar disana. bagaimankah caranya? adakah saya dikenakan bayaran tambahan.?

    • assalamualaikum,
      saya dan suami ada bercadang nak menunaikan umrah serta ziarah ke mesir (pada hujung november/ awal disember 2010) tetapi bila di mesir nanti saya akan balik sendiri kerana ingin melawat anak yg sedang belajar disana. bagaimankah caranya? adakah saya dikenakan bayaran tambahan.?Kami ingin tinggal 2 orang sebilik di mekah, medinah dan mesir.

  2. Assalamualaikum… us Halim. sakam ukhuwwah.
    insya Allah pada tahun hadapan ana akan kendalikan umrah dan ziarah ke mesir. ana nak minta us halim tolong bawakan guru dan staf MRSM Jeli. program akan diadakan pada cuti pertengahan tahun hadapan (09). tolong bagi panduan beserta kos anggaran kasar. minta hantar email kat ana. us zabidi Perak.

  3. salam ustaz,
    sy berminat dgn pakej ziarah Mesir tanpa umrah. Boleh beritahu bila dan harga kpd email sy? grayish_fellow@yahoo.com

  4. Saya bercadang untuk mengikuti pakej ini bersama suami,anak-anak berusia 17 tahun, 14 tahun dan 12 tahun. Berapakah anggaran kasar?

  5. Kalo berdua ziarah 3 hari (transit umrah ) jadiberapa ya harga nya?

  6. saya berminat untuk melawat mesir dan umrah dalam bulan september-oktober 2010. ada pakej ke waktu tu?

  7. Ustaz halim…. kalau tak silap saya saya pernah berjumpa uztaz… kalau betul la org yang sama, pernah tak ustaz mengikyti tabung haji sebagai petugas pada tahun 2000 atau 2001.

    saya berminat nak ke mesir dan buat umrah dalam bulan september atau november . ada pakej ke waktu tu.

    • Alhamdulillah Ustaz, memang saya bertugas di Maktab 89 dulu.detik yang saya tak pernah lupa sebab pertama kali jemaah malaysia diserang jangkitan penyakit tapi alhamdulillah berkat bantuan Allah swt, kita berjaya contol dengan baik.

      lanjutan dari peristiwa itu, saya sekarang Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan berkerja di Putrajaya. Memang saya berminat nak buat umrah beserta cuti..dan saya memang nak ke mesir, insyaalah, kalau jadi nanti saya tengok masa pakej ustaz yang bersesuaian.

  8. salam ustaz,
    saya ingin bertanya, berapa harga pakej untuk ke mesir sahaja pada bulan ini oktober 10?sy ingin melawat adik y sedang belajar di sana.
    mohon penjelasan.
    sekian.
    terima kasih.

  9. salam…saya & isteri berhajat nak buat umrah & ziarah (mesir). Semasa di Mesir saya ingin melawat anak saya di universiti al azhar..mohon beri nasihat. Tarikh dipilih bulan disember 2010. Mohon beri kos untuk 2 orang. salam

  10. Assalamualaikum..saya mohon maklumat mengenai umrah ziarah egypt pd permulaan cuti sekolah. 22 mei-jun 2013 ini .sekian terima kasih

Tinggalkan komen