Ziarah 42 tempat di Madinah !! Hanya dari Pakej Haji HAJIUMRAH.COM !!

RombonganPakej Haji HAJIUMRAH.COM berjaya menziarahi lokasi Perang Badar dan Tanah Perkuburan Syuhadak Badar (14 orang sahabat gugur syahid) di pekan Badar, 160 km dari bandar Madinah. Menziarahi tempat bersejarah jauh di luar bandar Mekah dan Madinah adalah suatu yang jarang berlaku. Kini, bagi Jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM, ia menjadi kenyataan di Badar.

Alhamdulillah, Pakej Haji HAJUMRAH.COM baru-baru ini berjaya mengajurkan lawatan ke lebih dari 40 tempat seperti yang dirancang. Kebiasaannya jemaah Haji Malaysia menziarahi hanya 6 – 8 tempat sahaja. Di Madinah, disamping tempat Jemaah Haji menziarahi maqam Rasulullah saw, ia juga adalah tempat yang menyimpan sejarah Islam yang penting. Menziarahi tempat-tempat tersebut memberi kefahaman yang lebih kepada kita tentang Islam itu sendiri.  Teruskan membaca

Moga mendapat Haji Mabrur

Sebahagian ahli Jemaah Haji Pakej HAJIUMRAH.COM 2009M berfoto dihadapan Khemah Mina, sebelum bertolak untuk melontar Jamrah Aqabah. Ketua rombongan dan bimbingan, Ustaz Halim bersama isteri berdiri di belakang dan kanan sekali.

Alhamdulillah, rombongan Pakej Haji TH-SW (Tabung Haji – Swasta) MITRA KEMBARA/HAJIUMRAH.COM selamat menunaikan ibadah Haji 1431H di Tanah Suci Mekah. Semua pergerakan dan aktiviti berjalan licin. Jemaah berpuas hati dan memberikan maklumbalas yang sangat positif kepada pihak Pengurusan. Teruskan membaca