(B) 13/2-26/2/2016 Umrah RM5950 (bersama Us.Halim)

HARI 01 – Jemaah berada di KLIA dan check-in. Jemaah yang tiba awal sila duduk di kerusi-kerusi dan tunggu berdekatan dengan Pintu 05 di Lantai Berlepas (Departure Floor), iaitu tingkat yang teratas sekali.

HARI 02 – Rombongan jemaah tiba di Jeddah Aiport. Jemaah kemudiannya tiba di Madinah dengan menaiki bas ekspress. Jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah saw. Kemudian acara bebas di Raudhah, sebuah taman dari taman-taman Syurga (Hadis).

HARI 03 & 04 – Rombongan ibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Jemaah juga akan melawat Pasar Kurna dan Ladang Kurna untuk membeli buah kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia.

HARI 05 – Jemaah bersiap untuk berihram dan bas bertolak menuju ke Mekah. Di miqat Bi’r Ali (kira-kira 7 km dari pusat bandar Madinah), jemaah akan singgah sebentar, bersolat sunat Ihram dan berniat Umrah. Didalam bas, jemaah bertalbiyah dan berehat. Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah yang pertama dibawah bimbingan mutawif.

HARI 06 – Jemaah dibawa dengan bas ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan juga tempat-tempaty Manasik (mengerjakan ibadat) Haji seperti padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di tempat lawatan terakhir, Jaaranah, yang merupakan salah satu tempat Miqaat, jemaah akan bersiap ihram dan berniat Umrah. Selepas itu bas membawa jemaah kembali ke hotel atau Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah yang kedua.

HARI-HARI SETERUSNYA – Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan miqaat Umrah untuk mengerjakan Umrah. Tempat-tempat bersejarah termasuk Hudaibiyah (tempat Nabi saw mengadakan Perjanjian Hudaibiah dengan Quraisy), kubur-kubur isteri-isteri Nabi saw dan sebagainya. Ini tertakluk kepada perubahan program.

HARI TERAKHIR – Setelah jemaah menurunkan beg-beg besar ke bawah hotel, jemaah akan Tawaf Wadak (tawaf perpisahan) sebelum bertolak ke Jeddah Airport untuk pulang ke Malaysia.

HARI TIBA KLIA : Rombongan jemaah mendarat dan disambut oleh sanak saudara di KLIA. (Tarikh dan masa mendarat adalah seperti jadual di atas).

“Ya Allah, terimalah ibadah Umrah ku sebagai ibadah yang mabrur. Ameen”

Cara Mendaftar :

Hubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 / 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus SMSkan nama-nama penuh dan tarikh pilihan kepada Pejabat Urusan 016-696 7770 (Haji Azhar, staff).

“HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim  www.HAJIUMRAH.com 019-678 0000

B. Engineering (University of Queensland, Australia), B.A. Pengajian Islam & Bahasa Arab (Al-Azhar, Mesir), G.D. Pengajian Islam (Cairo, Mesir)

Sijil Pengurusan Haji Tabung Haji Malaysia (Universiti Sains Islam Malaysia) I (2009) & II (2010)

5 Respons

  1. salam ustaz,

    tarikh tu 2012 ke 2013 ek? sebab kat tepi ni termasuk kat dalam kategori UMRAH FEB 2013..tersalah ke

    terima kasih

  2. Assalamualaikum,
    Pakej umrah utk februari 2013 masih ada?

  3. assalam ustaz,
    pakej ni sudah termasuk semua sekali ker? iaitu, tiket penerbangan pergi dan balik (airline aper?), penginapan & pengangkutan di madinah/mekah, makan minum buffet 3 kali sehari, visa umrah, khidmat mutawwif, kursus umrah dsbnya?

    Saya bercadang pergi dengan keluarga (isteri, 3 anak 12 tahun, 11tahun dan 2 tahun serta mak dan mak mertua).. berapakah kosnya untuk kami iaitu 4 dewasa, 2 kanak2 (12 dan 11 tahun) dan 1 infant (2 tahun)

    wassalam

  4. salam ustaz…
    boleh ke perempuan sedang hamil nak ikut serta utk mngerjakan umrah?

    • Wsm ww

      Perempuan hamil boleh mengerjakan Umrah.

      Terima kasih.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

Tinggalkan komen