12/3-23/3/2016 Umrah Cuti Sekolah RM6550 (bersama Us.Halim)

“Ya Allah, terimalah (ibadah ini) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Quran).

PAKEJ UMRAH

DI KLIA

Jemaah tiba di KLIA untuk urusan Check-in dan berlepas. Sesiapa yang tiba awal, sila duduk di kerusi berdekatan Pintu 5, Tingkat 5 (Departure Hall). Jemaah menaiki pesawat.

Mihrab Nabi saw (kiri) dan Minbar Nabi saw (tengah) di dalam Ar-Raudhah, satu taman dari Taman-taman Syurga, terletak di Madinah.

DI MADINAH

Hari 01 – Jemaah dibawa menziarahi maqam Rasulullah saw dalam Masjid Nabawi dan Tanah Perkuburan Al-Baqiek.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah. Ini termasuk Masjid Qubak (solat didalam dapat pahala Umrah), Masjid 2 Kiblat, Masjid Khandak, Bukit Uhud, Kilang mencetak Al-Quran, dan lain-lain yang biasa dilawati.

Hari 03 – Jemaah dibawa melawat tempat-tempat istimewa yang jarang dilawati termasuk rumah-rumah sezaman Rasulullah saw, kampung Bani Haram, tempat isteri Nabi saw, Mariah Al-Qibtiah, Perigi Salman Al-Farisi, Perigi Uthman bin Affan dll.

Hari 04 – Jemaah bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. Singgal di Bi’r Ali untuk bersiap Ihram dan berniat Umrah.

Hajar Aswad, batu dari Syurga terlekat di dinding Kaabah, Mekah.

DI MEKAH

Hari 01 – Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah pertama.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Hirak (tempat turun Wahyu Pertama), Gua Thaur (tempat sembunyi ketika Hijrah) dan manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah.

Hari 03 dan seterusnya – Jemaah akan melawat Hudaibiah (tempat Perjanjian Hudaibiah dan miqat Umrah), Tan’iem (miqat Umrah), Jakranah (miqat Umrah), kubur isteri-isteri Nabi saw, Khadijah ra dan Maimunah ra, tempat tapak Nabi saw dilahirkan, rumah masyarakat Melayu Mekah, kedai borang kopiah, Masjid Jin dan lain-lain.

Hari Terakhir – Jemaah akan mengerjakan Tawaf Wadak sebelum bertolak ke Airport Jeddah untuk pulang ke Malaysia. Air Zamzam 1 tong 10 liter diberi kepada setiap orang jemaah dengan percuma.

TIBA KLIA

Jemaah tiba di KLIA dan disambut oleh saudara mara. Bas boleh disediakan dari KLIA ke kampung atas rundingan di Tanah Suci nanti.

PENDAFTARAN UMRAH :  Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06-764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012- 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

“HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM 019-678 0000

18 Respons

  1. Salam Ustaz

    Saya tinggal di Nilai dan berhasrat untuk mengerjakan umrah bersama keluarga (isteri dan 2 orang anak berumur 15 dan 11 tahun) semasa cuti sekolah penggal pertama Mac, 2010. Saya ingin mendapatkan maklumat seperti berikut :-

    1. Adakah pakej ini membolehkan kami berempat tinggal sebilik?

    2. Dengan siapa atau di manakah saya boleh berhubung untuk mendapatkan apa-apa penerangan?

    3. Bagaimanakah kaedah bayaran dan urusan pengendaliannya dengan pihak Ustaz?

    4. Apakah perbezaan Pakej Deluxe RM5870 dengan Ekonomi RM4990 selain dari jumlah harinya?

    Terima kasih Ustaz di atas penjelasan yang bakal diberikan.

    Azuddin Abdullah (019-2380807)

  2. Salam Ustaz,

    Saya ingin bertanyakan mengenai umrah pada bulan Disember 2010. Saya merancang utk pergi suami/isteri (dan mungkin juga bertiga bersama kakak). Disebabkan isteri saya seorang guru, saya perlu memilih umrah pada musim cuti sekolah. Saya ingin pergi hujung tahun untuk membolehkan kami membuta persiapan, terutamanya persiapan rohani. Apakah nasihat Ustaz.

  3. salam ustaz..

    sy ingin bertanyakan pakej umrah deluxe in kalau utk bilik 2 org berapa harganya ustaz? umrah deluxe hanya bln 3 sahaja ke?

  4. salam ustaz..

    1) sy ingin bertanyakan tentang pakej umrah deluxe utk bilik 2 org. berapa harganya ustaz?

    2) boleh sy tahu hotel di madinah dan makkah di mana? adakah ia berdekatan 50m?150m?

    3) sy tinggal di bangi. jadi bagaimana waktu kursusnya ustaz?
    terima kasih ustaz.

  5. Saya ingin mengikuti umrah Deluxe bulan March 2011. untuk 9 orang bilik 3+3+3orang. ada 4 kanak2 bawah 12 tahun. ada diskaun untuk kanak2 ?

  6. Assalamualikum Ustaz,
    Saya dan isteri ingin mengikuti pakej ini.
    1.Tinggal di Pulau pinang.
    2.Adakah agen di Pulau Pinang.
    3.Atur jadual dr Pulau Pinang ke Klia.

    Sekian wasslam
    mmusa

  7. salam..

    Ustaz..saya berniat untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2011 ini. Oleh yang demikian saya tiada muhrim untuk menemankan saya ke sana..boleh atau tidak saya menunaikan ibadah tersebut.

  8. asalamualaikum ustaz, saya bercadang untuk menunaikan umrah pada musim cuti sekolah bulan mac 2011 seramai 3 orang. Pertanyaan saya – 1. Bolehkah diatur 1 bilik 3 orang dan berapakah harganya?. 2. Apakah perbezaan pakej ekonomi dan deluxe?. 3. Berapakah jarak antara hotel penginapan dan masjid di Makkah dan Madinah?. 4. Adakah penerbangan ke Tanah Suci menaiki penerbangan MAS atau Saudi Air?. Sekian, terima kasih.

  9. assalamualaikum ustaz….
    saya dan keluarga berminat untuk mengikuti pakej egypt tour 28mei-11jun2011 yang ustaz tawarkan.kami tinggal di sandakan sabah dan seramai 5orang yang terdiri dari seorang lelaki(bapa)dan 4orang perempuan(ibu,3org adik beradik perempuan).sebelum ini kami telah mengerjakan umrah sekali pada tahun 2008.soalan saya…
    1)bolehka sekiranya kami tinggal sebilik(5org) adakah kadarnya sama seperti dalam pakej?
    2)perlukah kami mengikuti kursus yang diadakan memandangkan kami tinggal di sabah?
    3)bolehkah kami minta jadual penerbangan sebulan awal bagi memohon kebenaran dari majikan keluar negara?
    4)adakah agen di sabah yang memudahkan untuk kami berurusan?

  10. Assalamualaikum ustaz. Saya sekeluarga bercadang utk mengerjakan umrah mac 2011. Kami akan membawa ibubapa yg sudah uzur, justeru
    Q1-adakah flight terus ke madinah.
    Q2-apakah hotel yg paling dekat
    Q3-adakah wheelchair disediakan
    Q4-adakah makanan malaysia/indonesia yang disediakan
    Q4-adakah bilik/apartmt utk 9 orang
    Sekian, Terima Kasih

  11. Assalamua’laikum
    Saya dan suami ingin menunaikan umrah pakej Delux yang dijadualkan pada March ini. soalan saya :
    1. bolehkah kami dapatkan bilik berpasangan utk kami sahaja dan bagaimana kos nya?
    2. Saya kini menetap di Dubai, sekiranya saya ingin menghadiri kursus umrah, bolehkah disediakan melalui online? atau kebiasaanya berapa hari diperlukan utk menghadiri kursus tersebut.
    Terima kasih diatas jawapan ustaz.
    sekian

  12. assalamualaikum, ya ustaz.

    saya pernah mengikuti umrah bawah pimpinan ustaz pada 2004 dulu. ketika itu saya pergi dengan seorang mak saudara saya. kini saya bercadang nak buat umrah dengan dua orang mak saudara saya yang lain pada feb atau mac 2012, inshaAllah. saya ada beberapa pertanyaan:
    1. kami akan pergi bertiga, jadi dah kira ok ke dari segi hukum, memandangkan kami tak diiringi oleh ahli keluarga lelaki?
    2. berapa orang sebilik? kami nak sebilik bertiga sahaja, jadi ada apa penambahan dalam kosnya ke?
    3. berapa jaraknya dari hotel ke masjid? kedua-dua mak saudara saya berumur melebihi 65 tahun dengan menghidap pelbagai penyakit. jadi saya nak dapat kepastian agar jarak hotel-masjid adalah yang tidak memberatkan mereka.
    4. umrah bulan feb 2012 tu, ikut direct flight ke, atau perlu transit semalam di abu dhabi atau dubai? (ketika pergi umrah 2004 dulu, transit semalam di abu dhabi, sebelum turun di jeddah)
    5. umrah bulan mac 2012: ekonomi vs deluxe. apa bezanya yang ketara? satu 12+3hari, yang satu lagi 12 hari. adakah ini bermakna yang pakej ekonomi itu diadakan transit semalam, dengan ‘+3hari’ menunjukkan additional hari dalam perjalanan? atau tempat-tempat dilawati itu lebih dalam pakej ‘deluxe’?

    diharap ustaz dapat terangkan. jazakallah.

    wasalam.

    • assalamualaikum, ya ustaz.

      harap dapat beri jawapan. kepada pertanyaan saya pada 25 okt. tq.

  13. As’salamualaikum Ustaz,

    Saya sekeluarga berhajat untuk mengerjakan umrah pada bulan raya (raya ke-4), ada pakejkah pada bulan tersebut. Dan sekiranya saya ingin pakej untuk kami sekeluarga sahaja (14 dewasa dan 10 kanak2) boleh diuruskan ke? atau berapa orang yang kami perlu untuk buat pakej kami sendiri.
    Terima kasih.

  14. Assalamualaikum
    Kami , suami isteri, ayah dan ibu serta seorg anak 14 tahun berhasrat utk menunaikan ibadah umrah bulan Mac 2012. Ingin tahu hotel penginapan di Makkah dan Madinah dan berapa jauh dr masjid. Ibu bapa berusia 80+ tahun. Terima kasih

  15. assalamualaikum ustaz,
    saya bercadang untuk mengikuti pakej umrah deluxe mas direct bertarikh 12/3-23/3/2012.Saya akan bersama isteri dan seorang anak lelaki saya .Pohon maklumat dari tuan haji tentang perkara berikut:-
    i) Adakah penerbangan terus dari KLIA tanpa transit menggunakan pesawat MAS.
    ii) Adakah boleh diaturkan satu bilik untuk 3 orang
    iii) Kos pakej ini mungkinkah akan meningkat.
    Saya sertakan no. tel saya spt berikut:-
    019-4522400 e-mail address: abu_bakar5512@yahoo.com

  16. Assalamualaikum ustaz. Dah seminggu kami menunggu air zamzam yang dijanjikan percuma selepas balik dari umrah Mac 2013…bila ustaz dapat uruskannya…dah penat kami tunggu …utk ke pejabat ustaz di Seremban agak menyulitkan kerana sy dan keluarga tinggal di Pasir Gudang, Johor. Harap ustaz dapat berikhtiar utk menyampaikannya kpd pihak kami 6 orang sekeluarga.

Tinggalkan komen