11/3-22/3/2017 +Egypt Tour (14hari) RM6950

Rombongan Umrah HAJIUMRAH.COM. Ustaz Halim berdiri dua dari kiri.

Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan dibayar sendiri LE60 (Piramid) + LE60 (Museum Firaun) + LE50 (Kubu Salahuddin Al-Ayyubi/Masjid Sultan Mohd Ali) = LE170.  Kami tidak memasukkan ke dalam harga pakej kerana harga tiket sering berubah atau bertambah.  ( Egyptian Pound “Junaih” LE60=RM35,  LE50=RM30).
Diantara pakej yang paling diminati ialah Pakej Umrah + Ziarah Mesir. Ringkasan aturcara Pakej ini adalah seperti berikut :

Hari 01 : Berlepas dari KLIA. Tiba di Cairo, Egypt. Ziarah Hari Pertama seperti Maqam dan Masjid Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar yang terkenal, seluruh dunia Islam, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rifaie dan lain-lain kesan peninggalan Islam.

Hari 02-03 : Ziarah Iskandariah (Alexandria) termasuk Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Laut Medditerranean, Masjid Abbas Al-Mursy, bandar Iskandariah dan lain-lain. Ziarah Ancient Cairo (Kaherah Kuno) seperti Piramid, Museum Firaun, Sungai Nil dan sebagainya.

Hari 04-06 : Ziarah Madinah Al-Munawwarah.

Hari 07-13 : Umrah dan ziarah di Mekah. Berlepas pulang ke Malaysia.

Hari 14 : Tiba KLIA.

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Umrah+EgyptTour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancung. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Seelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

Setelah beberapa hari melancung di Mesir, rombongan berlepas ke Tanah Suci untuk menziarahi Rasulullah saw di Madinah dan mengerjakan Umrah di Mekah.

Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan nama dan pakej pilihan anda kepada 016 – 696 7770 (pejabat / Haji Azhar) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya. Pakej-pakej lalu yang kami tawarkan disambut baik oleh masyarakat dan maklumbalas yang kami terima dari para peserta adalah sangat menggalakkan. Terima kasih atas sokongan tuan puan. Semoga tuan puan mendapat Haji dan Umrah yang mabrur. Ameen.

Sila pilih pakej di bawah :

  1. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mac +Egypt Tour
  2. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun + Egypt Tour
  3. Pakej Umrah Ramadan + Egypt Tour
  4. Pakej Egypt Tour.

PENDAFTARAN UMRAH :  Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM 019-678 0000

Ustaz Halim 019-678 0000

26 Respons

  1. umrah egypt tour, brp hari di cairo? ada yang lama lagi tak?

  2. ustaz,

    cuti sekolah bulan mei/jun 2009, bermula 30/5/2009 tetapi nampaknya semua penerbangan umrah ustaz bermula seminggu lebih awal. Ada plan nak anjakkan tarikh ke 30/5/2009 tak?

  3. Saya berminat dgn umrah/ziarah Cairo dr 13/3/09 – 26/3/09. Berapa hari ziarah Cairo. Jamin boleh dapat visa kerana keluarga saya pernah buat umrah dlm thn 2006 yg sepatutnya brlps 5/4/06 tapi di tunda ke 28 April kerana masalah pengeluaran visa slps musim haji.

    • Salam Ustaz saya beminat nak pergi umrah Ziarah Mesir pada musim cuti sekolah tahun depan iaitu bermula pada 22 mac 2013.Berapa Hari dan berapa harga. Harap dpt respon semula.
      Terima Kasih.

      Dr.Hj.Mohd Nordin bin Abu Bakar
      Kajang, Selangor

  4. Assalammualaikum sy berminat package tour egypt dan umrah tetapi mahu bertolak pada 5hb March 2009 dan kalau boleh panjangkan lagi waktu umrah dan ziarah cairo tersebut. Sy tak faham di Cairo berapa hari dan Umrah berapa hari untuk Package RM6250.00

  5. Assalamualaikum,

    Saya ingin mendaftar untuk 13-26/3/09 +EgyptTour (14 hari) RM6250. Tapi uztaz, saya perlukan surat pengesahan daripada uztaz bagi membolehkan saya untuk memohon cuti tanpa gaji. Boleh diuruskan tak? Saya juga bersedia untuk menjelaskan wang pendahuluan jika perlu.

  6. Ustaz,
    Boleh berikan penerangan lanjut mengenai pakej ini..harganya itu untuk penginapan di hotel yang bagaimana/ untuk 2 org atau 4 orang setiap bilik/ include meals as well? Thanks

  7. Saya minat nak pergi umrah dan ziarah cairo pada cuti sekolah mac 2010. boleh tak saya dapatkan quotation untuk 7 orang

  8. dengan nama Allah yg maha esa saya amat berharap benar untuk ketanah suci Makkah untuk menunaikan Umrah terlebih dahulu bsebelum mengerjakan haji. Masa lapang yg saya puyai sekarang InsyaAllah ialah semasa cuti persekolah penggal pertama 2010 – 12hb ~ 21 march. saya bercadang untuk pergi menunaikan umrah seramai 4 orang. HARAP DAPAT MAKLUM BALAS DARI PIHAK TUAN DAN YG BERKENAA.

  9. ustaz,
    bilakah masa yg paling dekat untk saya pegi umrah/egprt tour.dlm hujung tahun nie ada kah tempat kosong utk 2 orang?
    terima kasih

  10. Assalamualaikaum ustaz. Kami sekeluarga berhajat menunaikan umrah pada musim cuti sekolah mei/jun 2010. Masalahnya tarikh ynag diberi oleh pihak ustaz adalah sebelum cuti sekolah bermula. Kebiasaannya kebanyakan pelajar sekolah sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada tarikh tersebut. Pada tahun 2010, cuti sekolah pada 5/6 – 20/6/2010. Maka ini menyukarkan kami untuk membawa anak-anak bersama. Kalau dapat pihak ustaz anjakan tarikh tersebut supaya dapat memberi keselesaan pada semua pihak. Kerjama dari pihak ustaz amat kami kami hargai.

  11. Assalamualaikum’nak tanya uztaz.Sy ada seorang ank yg sdg belajar di Alexandria,Mesir.Sekiranya sy ambil pakej Umrah & ziarah mesir tetapi ingin tinggal lebih lama lagi di alexandria bersama ank (dlm smingg dan atas tanggungan sendiri);dan kemudian sambung semula mengikuti rombongan umrah ustaz yang kemudiannya ,adakah perkara ini boleh diaturkan.

  12. Salam, saya ingin bertanya, package umrah Cairo pada cuti sekolah MAc 2011, saya tidak pasti cuti sekolah tahun 2011, jatuh pada tarikh yg diberikan sekarang dan juga berapa harga untuk seorang anak berumur 8 tahun?
    Adakah pihak sharikat menyediakan kursus umrah dan di mana akan diadakan? Saya ingin membawa ibu saya yg tinggal di perak, jadi kalau ingin menghadiri kursus, adakah ibu saya harus ikut di KL, atau boleh di buat di kawasan taiping sahaja?

  13. saya ingin mengerjakan umrah-4 org sebilik.berapa harganya??
    saya tinggal di terengganu.ada tak kursus umrah di sini??
    harap dapat respons.tq

  14. Salam Ustaz,

    saya dan suami berminat untuk pakej umrah+Eygpt 2011, 9 – 22 Mac. Walaubagaimanapun, saya juga ingin tahu kalau ada pakej umrah ziarah seperti ke Jordan / Turki pada bulan Mac / April.

    • Salam Ustaz,

      Suami saya: Mokhtarudin bin Abdul Majid dan saya: Halimahton binti Abdul Rahim. No. tel. saya 012-3660516. InsyaAllah, kalau ada jemaah lain yang juga berminat untuk buat Umrah Ziarah ke Turki sangatlah saya harapkan. Saya harap kalau pihak Ustaz dapat hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih, jawapan dari pihak Ustaz sangatlah saya nantikan.

  15. Salam,
    Saya dan ahli keluarga saya (>< 15 orang) bercadang untuk pergi umrah + tour mesir pada Mac 2011. Bolehkah kami beli tiket kapal-terbang sendiri Egypt Air (one-way KL-Cairo) + Cairo-Jeddah. Arah balik: direct flight MAS dari Jeddah-KL. Tetapi kami perlu pihak tuan mengendalikan ground handling di Mesir, Mekah dan Madinah. Berapa bayaran untuk groound handling ini.

  16. As-salamualaikum,
    Pohon maklumat lanjut tentang umrah + ziarah ke Egypt. Apa persiapan yang perlu dibuat. Kalau 4 orang ada diskaun tak (2 lelaki 2 perempuan)? Bilik sharing macam mana? Program di Egypt macam mana? (diatur atau free n easy?) Anak saya study di Cairo, kalau dia nak join sekali tour Egypt bagaimana? (kalau tour di atur)

    • Salam Ustaz, saya dengan anak lelaki saya berumur 16 tahun dari KL ingin menyertai umrah ziarah ke Mesir pada 9/3-22/3 2010. Saya telah berhubung pejabat tuan hari ni, Berapa kadar nya dan berharap mendapat maklum balas dan susulan positif dengan secepat mungkin,

      sekian TERIMA KASIH
      ahmad jaafar

  17. Assalamualaikum Ustaz,

    Adakah Ustaz menyertai umrah peserta dan siapakah yang akan pimpin umrah jika bukan Ustaz sendiri.

    Sekian

    Wassalam

    Muzafar

  18. salam ustaz,

    Just nak confirm, harga pakej umrah cairo ni dah berubah ke? bukan RM 6450.00 lagi..?

  19. Salam Ustaz Halim.
    ini maklumat saya untuk daftar Egypt tour 9-23/3 2011,
    Siti Hawa Syamsyiah binti Mohd Tahir.

    [ini umrah yg pertama kali tapi saya tiada mahram yg boleh pergi bersama,macamana tu ustaz? boleh juga ke?]

  20. Asl’mkum Ustaz,
    Saya & suami telah pun mendaftar untuk sertai umrah CAIRO brtrkh 15/3 – 29/3/2011 (blk brpsangan). Saya nk tanya siapa yg akan mengetuai pakej masa tu, ustaz sndiri atau wakil? Boleh Ustaz berikan nama hotel & jrk dr msjd semasa diMekah & Madinah kelak?

  21. Kami berhasrat mengikuti pakej umrah & ziarah ke egypt. Bilangan ialah suami isteri, anak lelaki 15, 14 dan 8 tahun, serta anak perempuan 11 tahun. Bagaimana susun atur penginapan dan harga? Terima kasih.

  22. salam ustaz,,,, tolong emailkan saya pakej harga umrah sepenuhnya tanpa ziarah untuk saya serta isteri saya untuk bulan apr 2012 ini,, pilihan utama penginapan yang berhampiran mdharam. en rahman

Tinggalkan komen