Lawatan ke Aceh Penuh Pengajaran

Pada 19-22 Feb 2023, DIAFA TRAVEL membawa kira² 30 peserta melawat Aceh untuk mengamati pengajaran² dari bencana Tsunami.

Hari pertama peserta² dibawa melawat sebuah kapal yang tersadai di atas 2 buah rumah apabila Tsunami surut.

Mangsa tsunami yang terselamat (duduk kiri sekali) mendengar suara ghaib menyuruhnya lari dari pantai dan naik ke tingkat 2 rumah Puan Abbasiah.

Apabila Tsunami terjadi di tengah lautan, ia menyedut air di pantai dan di sungai hingga menjadi kering. Kerana melihat terlalu banyak ikan² yang terdampar, orang² kampung sibuk mengutip ikan² tanpa menyedari Tsunami sedang bergerak laju menuju ke arah pantai di mana mereka sedang berada.

Apabila terlihat Tsunami seperti ular kobra setinggi bukit, semua orang cuba lari menyelamatkan diri jika sempat.

Ketika itu, sambil merenung ke arah Tsunami yang telah hampir, seorang ibu menjadi pasrah dan hanya dapat menunggu masa mati tanpa bergerak lari seperti orang² lain.

Tiba-tiba dia mendengar suara ghaib menyuruh dia lari dari pantai dan naik ke tingkat 2 rumah Puan Abbasiah.

Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia boleh berlari dengan kelajuan luar biasa dan sampai ke rumah Puan Abbasiah sebelum sempat Tsunami dengan kelajuannya beratus km/jam sempat menyambarnya.

Air semakin naik, tetapi mujurlah datang sebuah kapal yang disangka mereka didatangkan oleh pasukan penyelamat menghampiri mereka. Seramai 59 orang naik ke atas kapal tapi mendapat tiada seorang pun anak kapal di situ !!!

Pada petang hari, apabila air surut, kapal itu tersadai di atas 2 rumah orang kampung.

Kampung itu yang bilangan asal penduduknya sekitar 6000 orang hanya tinggal beberapa ratus orang sahaja yang terselamat. 5500 orang lebih yang lainnya mati ditelan Tsunami.

{ … فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ یَتَفَكَّرُونَ }

Demikian Allah swt menunjukkan tanda² kekuasaan nya. Firman Allah swt :

bermaksud, “Ceritakan kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir” [Surah Al-Aʿrāf: 176]

DIAFA TRAVEL 019-678 0000

Tinggalkan komen