Us.Halim

Ust_Halim_small2Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6.11.1965, kini berusia 57 tahun. Beliau menetap di 214, Jalan Pulai Impian 4, Taman Pulai Impian, Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berumahtangga dengan Ustazah Hajjah Fariza binti Ibrahim dan mereka berdua dikurniakan 14 cahaya mata. Latarbelakang pendidikan Ustaz Halim adalah seperti berikut :

1972 – 1977 Sekolah Kebangsaan K.G.V., Seremban, NS (Darjah 1 – 6).

1978 – 1982 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Pahang (Tingkatan 1 – 5). Mendapat sijil SRP dan SPM.

1983 Kelvin Grove State College (Matriculation), Brisbane, Queensland, Australia. Mendapat Senior Certificate.

1984 – 1987 University of Queensland, St. Lucia, Brisbane, Queensland, Australia. Mendapat ijazah Bachelor of Engineering.

The Great Court, University of Queensland, Australia.

1988 Madrasah An-Nahdhah, Bukit Besar, Kedah. Mendapat Sijil Senawi 4 (Matrikulasi Al-Azhar).

1989 – 1993 Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Mendapat ijazah Bachelor of Arts Pengajian Islam & Bahasa Arab.

Di Al-Azhar University, Cairo, Egypt. Kelihatan ketua rombongan dan bimbingan, Ustaz Halim duduk di depan.

1994 – 1996 Institusi Tinggi Pengajian Islam Asy-Syeikh Hasan Al-Bakury, Cairo, Egypt. Mendapat ijazah Graduate Diploma.

Pengalaman Ustaz Halim dalam memimpin dan membimbing rombongan Haji dan Umrah adalah seperti berikut :

1991 – Kali pertama menunaikan Haji dibawah bimbingan Ustaz Dr Sulaiman Ibrahim (kini pensyarah di UKM, Bangi).

1992, 1994 – Menunaikan ibadat Haji dan berkhidmat membantu Jemaah Haji Malaysia di Mekah.

1995, 1996, 1997 – Memberi kursus Haji kepada Jemaah Haji di United Kingdom dan membimbing mereka menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci selama 3 tahun berturut-turut.

Ustaz Abd Halim Abdullah sedang menerima Sijil Penguruan Haji, Petugas Pengelola Jemaah Haji (PJH) dari Prof Dr Abd Shukor Husin, Naib Chanselor Universiti Sains Malaysia (USIM) sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar Tabung Haji, Dato’ Haji Salleh Mubin.

1998 – Mula terpilih  menghadiri Muzakarah Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji (Peringkat Negeri).

1999, 2000 – Mula menghadiri Muzakarah Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia (Peringkat Kebangsaan). Mula memberi Kursus Haji Bersiri Mingguan kepada bakal-bakal Jemaah Haji Tabung Haji Malaysia. Mula menganjurkan Pakej Umrah sendiri hingga ke hari ini.

2001 – Mula dihantar oleh Tabung Haji Malaysia menjadi Guru Agama Tabung Haji Maktab 89 membimbing 2500 jemaah Haji Malaysia.

2002 – hingga Sekarang –  Mengelolakan setiap tahun Pakej Haji Tabung Haji, TH – SWASTA yang dilesenkan Tabung Haji. Menganjurkan Pakej-pakej Umrah sebanyak 4 kali setahun yang diketuai dan dibimbing sendiri iaitu Pakej-pakej Umrah April (sebaik Visa Umrah dibuka setiap tahun), Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun, Umrah Cuti Sekolah Ogos dan Umrah Ramadan. Hampir setiap tahun menghadiri Kursus Pengelola Jemaah Haji (PJH) anjuran Tabung Haji Malaysia dengan dikurniakan Sijil-sijil Penyertaan.

Ustaz Halim ketika menyampaikan Kursus Umrah dan Taklimat Akhir Keberangkatan kepada jemaah Umrah di salah sebuah masjid. Penerangan lengkap diberikan agar jemaah melaksanakan ibadah Haji atau Umrah dengan cara yang paling sempurna.

RINGKASAN PENGALAMAN HAJI & UMRAH

Tahun-tahun Mengerjakan Haji – 1991, 1992, 1994

Tahun-tahun Membawa Rombongan Haji Pelajar Malaysia Luar Negara – 1995, 1996, 1997

Tahun Bertugas Dibawah Tabung Haji (Muassasah) – 2001

Tahun-tahun Membawa Pakej Tabung Haji, TH-Swasta Berlesen – 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010  hingga sekarang.

Membawa Pakej-pakej Umrah – Ramadan 1999, Cuti Sek Mei 2000, Ramadan 2000, Cuti Sek Mei 2001, Cuti Sek Ogos 2001, Ramadan 2001, Cuti Sek Mei 2002, Cuti Sek Ogos 2002, Ramadan 2002, April 2003, Cuti Sek Mei 2003, Cuti Sek Ogos 2003, Ramadan 2003, April 2004, Cuti Sek Mei 2004, Cuti Sek Ogos 2004, Ramadan 2004, April 2005, Cuti Sek Mei 2005, Cuti Sek Ogos 2005, Ramadan 2005, April 2006, Cuti Sek Mei 2006, Cuti Sek Ogos 2006, Ramadan 2006, April 2007, Cuti Sek Mei 2007, Cuti Sek Ogos 2007, Ramadan 2007, April 2008, Cuti Sek Mei 2008, Cuti Sek Ogos 2008, Ramadan 2008, April 2009, Cuti Sek Mei 2009, Cuti Sek Ogos 2009, Ramadan 2009, April 2010, Cuti Sek Mei 2010, Cuti Sek Ogos 2010, Ramadan 2010 dan seterusnya hingga sekarang.

Ustaz Halim ketika berlepas ke Tanah Suci pada Musim Haji 1431H/2010M untuk memimpin dan membimbing rombongan pakej Haji HAJIUMRAH.COM.

Ciri-ciri Menonjol Pakej Haji :

  1. Hotel dekat masjid
  2. Kuliah Harian setiap hari
  3. Program bimbingan penuh ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina
  4. Empat puluh (40 !!!) tempat ziarah di Madinah (biasa ~9 tempat) dan penerangan terperinci setiap tempat lawatan
  5. Perjalanan licin (mudah berurusan dengan Bahasa Arab)
  6. Lawatan ke Kampung Melayu Mekah dan lain-lain.

Ciri-ciri Menonjol Pakej Umrah :

  1. Kuliah harian
  2. Hotel berdekatan Masjid
  3. Penerangan terperinci di setiap lawatan
  4. Bilangan 15-20 tempat lawatan di Madinah (biasa ~9 tempat), lawatan ke Kampung Melayu di Mekah dan lain-lain.

CARA MENDAFTAR PAKEJ

  1. Pilih pakej di laman sebelah kiri.
  2. Hantarkan nama-nama penuh dan no tel anda dan rombongan secara sms atau terus hubungi Pejabat Urusan 012-659 0000 (staf), 019-678 0000 (Ustaz Halim)
  3. Anda akan dihubungi dan diuruskan oleh pihak Pejabat Urusan selepas itu sehingga berlepas ke dan kembali dari Tanah Suci, insyaAllah.

“Penyucian Hati di Tanah Suci”.

“Harapan Anda Matlamat Kami”

DIAFA TRAVEL SDN. BHD. 

 

58 Respons

  1. Assalamu’alaikum

    Saya ada baca satu blog tentang tindakan kerajaan Saudi membesarkan tempat saie sehingga terkeluar dari kawasan saie yang sah. Betul ke ustaz? Ini websitenya.

    ZIONIS WAHHABI TUKAR TEMPAT SA’I NABI

    Kalau betul, camner dengan ibadah saie para jemaah?

  2. nak tau bila tarikh akhir utk daftar upah haji?

  3. assalamualaikum wr wbt ustaz,

    saya antara peserta yg dtg kursus haji yg ustaz buat kat loughbough ahad lepas… saya cadangkan kalau ustaz distribute business card company ustaz everytime bagi ceramah, leh la kami2 passing kat sedara mara..

    Tu je,
    wsalam

  4. salam,

    Ustaz Halim,

    kami berada di luar negara. Adakah Mitra Kembara menyediakan pakej untuk ibadah haji tahun ini hanya urusan di Tanah Suci sahaja. Maksudnya perjalanan pergi – balik kami urusankan sendiri. Kami bercadang untuk tinggal di Tanah Suci selama 2 minggu sahaja. Kalau ada, berapa harganya. Maklum balas ustaz amat kami nantikan. Wassalam

    • assalamualaikum ustaz boleh emailkan jadual penerbangan dan kos umrah awal ptnghan dan akhir ramadan.

  5. Abu Hassan Bin Haji Abdul Karim
    No. 112, Fasa 2F,
    Jalan Teluk Rubiah,
    32040 Seri Manjung, Perak
    012-5016480
    Cadangan:Umrah Mac 2009 / Umrah Ziarah Mac 2009
    Sekeluarga 7 orang

  6. A’kum.. nak tahu saja, saya daftar 2004 dg TH. Saya pergi check 2 minggu lepas, nama saya tersenarai utk 1431 H. Apa maksud Ustaz dg pendaftaran sepanjang tahun? saya boleh pergi dg swasta utk 1430 H ? T/kasih

  7. Assalamualaikum Ustaz.

    Saya sudah menunaikan umrah pada tahun lepas dari Bahrain kerana mengikuti suami bekerja di sini.
    Saya seorang surirumah di sini. Saya ada 2 org anak yg masih belajar di NS. Minta bantuan ustaz, sy ingin membawa anak2 umrah pada bulan May 2009 melalui Bahrain. Saya mahu mereka merasa menaiki bas dari Bahrain terus ke Mekah. Tambang dari sini pun agak memadai dengan kemampuan sy. Lebih2 lagi anak2 belum pernah melihat susah senang kami hidup disini. dengan duit tabungan mereka bolehlah mrk menjenguk kami disini dan melakukan umrah selama 10 hari termasuk melawat Madinah. Harap Ustaz boleh buat permohonan Visa untuk anak sy ke Mekah melalui Bahrain atas tanggungjawab saya sebagai ibu.
    Anak pertama sy, Anis Wahida berumur 15 thn dan belajar di TKC. Lelaki pula bernama Amirul Wahi berumur 13, belajar di Sek Sukan Zaba Kuala Pilah. Mohon sgt2 agar Ustaz dpt tolong. Mungkin anak sy kena bercuti sebulan. Dalam masa sebulan sy harus bawa mrk ke Mekah. No tel sy disini – +973 36933188
    atau ustaz emai shj. Terima kasih. Nolita Ayub. Manama, BAHRAIN.

  8. Assalamualaikum….Apa khabar UStad Halim sekeluarga….semoga Allah meredhai ikatan sillaturahim yang baru kita jalinkan ini. Alhamdullillah semenjak saya diarahkan untuk mengetuai agensi Haji dAn Umrah Tiram Travel Sdn Bhd di Seremban2 ni, saya sering terdengar komen2 dan penerangan jemaah yang pernah menggunkan pakej yang pihak Ustad kendalikan…. Hajat hati untuk bertemu sering tak kesampaian. Dalam diam2 sebenarnya saya pernah bertemu dgn Ustad di majlis kuliah subuh di Masjid Mambau, masa tu saya masih lagi blm menegenali Ustad. Sehinggkan saya lihat foto ustad dlm webmail Ustad baru saya teringat yang saya pernah beberapa kali bertemu dan bersua muka dgn Ustad.
    Untuk pengetahuan Ustad saya juga berlatarbelakangkan pengajian dalam bidang kejuruteraan..dan sekembalinya saya dr mengerjakan umrah kali pertama tn 1999,saya terpanggil untuk melibatkan sepenuh masa dlm bidang ni. Saya mengharapkan agar usaha murni ini berkekalan sehingga akhir hayat ini.

    Jika ustad dah kembali dari tanah suci, sudilah kiranya Ustad menghubungi saya pada bila2 masa di no.012-2711971. sekian.
    jazakumullah khairan kathira.

    • Assalamualaikum….Apa khabar UStad Halim sekeluarga….semoga Allah meredhai ikatan sillaturahim yang baru kita jalinkan ini. Alhamdullillah semenjak saya diarahkan untuk mengetuai agensi Haji dAn Umrah Tiram Travel Sdn Bhd di Seremban2 ni, saya sering terdengar komen2 dan penerangan jemaah yang pernah menggunkan pakej yang pihak Ustad kendalikan…. Hajat hati untuk bertemu sering tak kesampaian. Dalam diam2 sebenarnya saya pernah bertemu dgn Ustad di majlis kuliah subuh di Masjid Mambau, masa tu saya masih lagi blm menegenali Ustad. Sehinggkan saya lihat foto ustad dlm webmail Ustad baru saya teringat yang saya pernah beberapa kali bertemu dan bersua muka dgn Ustad.
      Untuk pengetahuan Ustad saya juga berlatarbelakangkan pengajian dalam bidang kejuruteraan..dan sekembalinya saya dr mengerjakan umrah kali pertama tn 1999,saya terpanggil untuk melibatkan sepenuh masa dlm bidang ni. Saya mengharapkan agar usaha murni ini berkekalan sehingga akhir hayat ini.

      Jika ustad dah kembali dari tanah suci, sudilah kiranya Ustad menghubungi saya pada bila2 masa di no.012-2711971. sekian.
      jazakumullah khairan kathira.>

      Tahniah diatas pembukaan pejabat Tiram Travel di Seremban2. Insyaallah, saya akan menziarahi Tuan Haji di Pejabat sekembali saya dari Tanah Suci. Ustaz Ismail Ali dan Ustaz Akib Abdullah di Johor Bahru (Tiram Travel/ Johor Corp) adalah kawan baik saya, sama2 belajar di Mesir dulu. Terima kasih. – Ustaz Halim, Makkah Al-Mukarramah.

  9. Assalamualaikum wrt wbt.

    ustaz nak tanya kalau dlam bulan 6, 7, 8 ada ke transit ke mesir

  10. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakathu,

    Mohon ma’af seandainya emel ini datang pada sa’at yang tidak tepat, Kami cuma hendak mengumumkan produk yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam khususnya yang berbahasa Melayu.

    Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari http://www.e-haji.com dan untuk makluman kami juga sedang mencari pembekal

    Sekian, Terima Kasih. Semoga kita mendapat Taufiq dan Hidayah, Wassalam’alaikum warahmatullahi wabarakathu

  11. Saya akan menunaikan haji tahun ini 2009. Saya telah ketinggalan kursus haji Ma -Jun 2009. Saya tinggal di
    Sepang, Selangor. di mana kah patut saya hadir kursus haji lagi.

  12. assalamualikum ustaz,
    saya nak tahu pejabat di kawasan negeri Johor baharu. kerana saya tinggal dijohor baharu

  13. Assalamu’alaikum,

    Berita baik kepada semua umat Islam khususnya yang akan menunaikan haji dan umrah. Alat elektronik changgih panduan Haji dan Umrah yang mudah di gunakan sekarang ditawarkan dengan harga RM 69/- sahaja. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.e-haji.com atau hubungi puan Nur Hayati di talian 019 6230338. Terima Kasih

  14. Tuan Haji Halim,

    Saya berminat untuk mengerjakan umrah bersama ibu selepas hari raya aldil fitri atau selepas hari raya haji dengan pakej yang minima kerana tidak boleh bercuti panjang.

    Jika Tuan Haji boleh ada pakej yang sedemikian, amatlah dihargai.

    Terima kasih.

  15. Assalamualaikum ustaz
    Saya belum mengikuti kursus haji. Adakah buku2 yg saya baca tentang panduan haji dpt membantu. Adakah kursus 1 hari yg dianjurkan oleh tabung haji mencukupi?

  16. assalamualaikum ustaz..

    saya kini menghadapi masalah dengan jadual penerbangan haji. maksud saya ibu dan abg saya akan berangkat ke Mekah pada tahun ini dan pihak tabung haji belum keluarkan jadual lagi. boleh tak ustaz beritahu jangkaan pernerbangan haji paling awal dan yang paling akhir sekali pada tahun ini. cuti saya perlu mohon awal. maaf tidak berkaitan dengan topik ustaz. saya memohon bantuan dan saya tidak dapat maklumbalas daripada tabung haji sehingga sekarang. terima kasih

  17. Assalamualaikum w.r.t

    Berapa lama ya urusan untuk dapatkan VISA untuk umrah ? Saya keluar negara setiap bulan dan kembali ke MY bulan berikutnya untuk 3 minggu..saya merancang untuk mengerjakan umrah dalam 1Q10.

  18. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz,
    Saya nak minta pertolongan dari ustaz untuk mendapatkan visa umrah untuk anak saya. Baru2 ini kakak saya ada bertemu dengan ustaz tentang masaalah saya di masjid. Saya tinggal di New Zealand. anak saya akan ke Oman inshaAllah diantara Dec 25, 2009 ke Jan 10, 2010 untuk melawat kawannya dan bermain bola. Kawan anak saya ada menyampaikan hasratnya kepada saya untuk membawa anak saya membuat umrah dari Oman. Jadi saya berharap kalau ustaz dapat mendapatkan visa untuk anak saya untuk umrah. Kami akan berada di Malaysia dari 8 December inshAllah. Apa yang perlu saya buat dari sini.
    Jazakallah khair kerana pertolongan ustaz.

  19. Assalamualaikum..
    Sy Selaku Pengedar REHALCANGGIH yang baru memulakan di tapak di Malaysia ingin mencari agen di setiap negeri untuk memasarkan produk yang amat penting di Malaysia khususnya untuk penggunaan ALQURAN dgn cara yang mulia.
    Pihak tuan boleh layari web http://www.rehalcanggih.blogspot.com dan menghubungi sy untuk pengetahuan mengenai produk ini.
    Terima kasih tuan!

  20. Assalamualaikum…

    Saya ada beberapa pertanyaan.

    Saya berniat untuk mengerjakan umrah pada 25/12/09 (selepas haji)
    sebab saya cuti mulai tarikh tersebut selama 2 minggu.

    Masalah saya, saya tiada masa nak uruskan visa dari cairo…..rasanya tarikh yang saya nak pergi tu belum ada visa umrah lagi….lagipun kat sini birokrasi banyak sangat….khasnya buat orang luar (bukan mesir)..banyak sangt syarat2…

    Jadi sya fikir nak buat visa dari malaysia…..
    Saya ada penginapan di mekah dan madinan (rumah kawan)
    Pengangkutan- saya dah biasa di sana dan sya boleh berkominikasi dengan bahasa arab dengan baik.

    Syarikat tuan boleh tak buatkan saya visa untuk tarikh tersebut…(visa sahaja)
    Saya akan bayar kos visa tersebut…
    Tiket penerbangan saya akan uruskan sendiri dari cairo..

    Tambahan:

    1) Saya duk seremban jugak: Paroi
    2) Saya pernah sekolah rendah KGV gak (darjah 1-6)
    3) Sekarang – Kuliyyah Thib, Tahun 5 Al Azhar..

    MOHD SAFRIN MOHAMAD BASHAABIDIN
    Kuliyyah Perubatan
    Universiti Al Azhar, Kaherah.

  21. Saya akan ke dubai pada hujung december 2009..dr Dubai saya bercadang terus ke makkah untuk buat umrah dgn menggunakan visa ziara. Adakah pihak tuan boleh menguruskan visa ziarah bagi pihak saya.Jika boleh, berapa kah bayaran yang dikenakan?terima kasih…

  22. ustaz,
    Saya ingin melawat ayah saya yang kini di rawat di hospital King Faisal di mekkah dan melawat kubur arwah saya di mina. Adakah saya berkesempatan berbuat demikian dalam pakej umrah atau ada cara lain untuk tujuan saya tersebut selain dari pakej ini.

  23. Assalamualaikum ustaz,.saya tanti dari indonesia.tak sengaja liat di goggel ada wab ustaz.,sebenarnya saya ingin membantu suami yang sekarang dalam masalah dengan visa ziara.,tak tau kenapa ternyata ada kebijakan baru di kerajaan saudi arabia mengenai visa ziara,.jamaah kami sekitar 200,.bisa kah ustaz memberi masukan untuk saya agar saya bisa membantu suami,.berhubung kami baru mau mencoba usaha dibidang umroh and haji..karena menurut saya mendapat kepercayaan dan memberikan rasa tenang pada jamaah amat sulit..pendapat dari ustaz sanggat membantu saya dan suami terimakasih

  24. Ustaz saya ada 2 soalan untuk pakej haji 2010
    1. Jika saya daftar sekarang dengan pakej yg dikendalikan oleh MITRA, bila selewat2nya saya boleh mengetahui bahawa permohonan saya berjaya. saya sudah daftar di tabung haji pd 2008 dan wang telah mencukupi, insya’ allah. Rayuan ke TH juga sudah dibuat pada minggu lalu.

    2. Hotel di Makkah menjadi persoalan saya. Di manakah kebiasaannya kedudukan hotel untuk pakej haji ini? Contohnya dari hadapan, saya lupa pintu berapa, tetapi saya selesa datang ke masjid dari arah hadapan (Hilton/Le maridian/Zam2 tower). Bukan masuk dari pintu Safa-Marwah/masjid kuching

  25. Salam Ustaz,

    saya ingin bertanya masih ada kekosongan untuk pakej umrah harga rendah iaitu : 1/5-10/5 Umrah SuperSaver (10 hari) RM4450.

    Saya bersama isteri berminat untuk menunaikan umrah pada jangkaan tarikh tersebut.

    Harap dapat info dan maklumat dari pihak ustaz.

    Terima Kasih

    Mohd Zaki Md Amin
    Kelana Jaya
    Selangor

  26. As’salamualaikum ya Ustaz ,

    Saya dan suami merancang untuk mengerjakan umrah pada thn hadapan insyaallah 2011 antara bln 2 atau 3 . Bagaimana kah caranya untuk pihak tuan dapat menolong kami untuk mendapatkan visa ziarah / umrah kerana kami bercadang mengerjakan umrah selepas kami bercuti di Abu Dhabi melawat abang dan keluarga saya disana .

    Bolehkah kami mengerjakan umrah dr Abu Dhabi dgn menggunakan visa ziarah / umrah . berapa kah harganya untuk seorang dan apakah dokumen penting yg perlu kami kemukan ….

    Harap dapat kiranya pihak ustaz menjelaskan dgn terperince buat kami.

    Terima kasih .

    • terima kasih ustaz. adakah ini bermakna selepas mendapat visa umrah kami boleh terus melakukan umrah dr abu dhabi ?

  27. DEAR SIR, MADAM,SALAM
    I have a private STUDIO FLATE in ZAMZAM GRAND PALACE HOTEL at MAKKAH AL MOKARRAMA for the last TEN DAYS of RAMADAN starting from 31st AUGAST 2010 till 9TH SEPTEMBER 2010. a 5 STARS INTERNATIONAL HOTEL, TWO DOUBLE BEDS, ONE SOFA BED, ATTACHED BATHROOM, KITCHEN, HARAM VIEW, SPECIAL AREA FOR PRAYERS INSIDE THE HOTEL BUILDING FOLLOWING THE IMAM OF THE HARAM, 24 HOUR SERVICE,FEW STEPS FROM AL-HARAM, TOTAL FLATE AREA IS 38 SQUARE METER, SUITABLE FOR 4 ADULTS 2 CHILDREN.
    IF YOU INTERESTED IN IT FOR YOUR CUSTOMER PLEASE INFORM ME I WILL RENT IT TO YOU FOR 50THOUSAND SAUDI RYALS ONLY
    PLEASE CONTACT ME ON THIS E.MAIL:dildil100@hotmail.com
    OR CALL ME ON : 00966555609306 THANK YOU
    YOUR SINCERELLY KALIL

    غرفة استديو فندقية في برج زمزم خمسة نجوم بمكة المكرمة لمدة عشرة الأيام الأخيرة من شهر رمضان المبارك
    غرفة استوديو مساحتها 38 متر مربع وتسع لخمسة اشخاص , فيها سريرين مزدوجين وسرير صوفه ومطبخ وحمام واحد اكرمكم الله وتطل على الحرم وسطوح الحرم والساحة الأمامية لباب الملك عبد العزيز والملك فهد وتبعد بضعة امتار من الحرم وفترتها من 31 اغسطس الى ظهيرة 10 ستمبر بخمسين الف ريال سعودي, خدمة فندقية ممتازة مع وجود مكان مخصص للصلاة بالبرج خلف امام الحرم ومصلى خاص بالنساء والرجال
    اتصل بنا على
    جوال:00966555609306
    واي ميل:
    عليكم
    اخوكم خليل والسلام

  28. Salam,

    Ustaz Abdul Halim,
    InsyaAllah, saya berniat untuk tunaikan ibadah umrah menggunakan visa ziarah bersama ibu saya pada tahun 2011 (Jan – Mac ~ musim sejuk).

    Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Ustaz berkaitan perkara berikut:

    1. Berapakah jumlah bayaran yang perlu disediakan bagi tujuan di atas.

    2. Saya belum berkahwin, jadi boleh kah saya tumpang muhrim pasangan/keluarga lain yang akan pergi bersama untuk tujuan umrah. Ibu saya berumur 60 thn, insyaAllah beliau tiada masalah berkaitan muhrim.

    3. Bilakah cadangan tarikh untuk Umrah bagi tahun 2011?

    terima kasih Ustaz.

  29. Salam ustaz,
    Sy seorg ibu tunggal dan bercadang utk mengerjakan umrah pd bulan ramadhan yg akan dtg dan ingin myambut aidilfitri di makkah..
    Saya juga bcadang utk mbwa anak tunggal sy (lelaki) berumur 7tahun.

    Mohon nasihat ustaz,memandangkan ini kali 1 sy ingin mengerjakan umrah adakah sesuai mbawa anak sy sekali atau bagaimana..
    Mohon khidmat nasihat tuan ustaz.
    Terima kasih.wasallam

  30. Boleh sertakan address untuk saya poskan borang haji?terima kasih ustaz.

  31. Ustaz Halim, saya telah mengirimkan borang utk menunaikan haji tahun ini kpd pihak ustaz. Saya harap saya dpt menunaikan haji tahun ini.Jika permohonan saya berjaya bila saya perlu menghantar passport saya kepada tabung haji?Dan berapa lamakah passport itu akan diambil?Thanks

    • ustaz halim,
      saya juga sedang berada di luar negara. kalau permohonan mengerjakan haji diluluskan, bila paling lewat boleh saya serahkan passport?

  32. saya cari xjumpa alamat pejabat urusan tuan.saya nak ke pejabat boleh bagi alamatnya?

  33. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya dan suami sedang belajar di UK. Kami bercadang untuk buat umrah selepas exam nanti, dalam hujung May / awal Jun
    1) Boleh tak kalau saya menyertai jemaah ustaz kalau kami bertolak dari UK (mungkin jumpa di Airport)?
    2) Bila tarikh umrah May/Jun ustaz?

    Sekian,
    Farah

  34. assamualaikum wrb….

    Kumpulan kami seramai lebih kuang 20 org berminat untuk melakukan umrah pada awal bulan Feb atau masa cuti sekolah 2011 selama 12 hari. Boleh ustaz hantarkan sebutharga bagi kedua-dua tarikh tersebut. Tolong nyatakan jenis penerbangan dan hotel penginapan, Kalau boleh jarak hotel kurang daripada 150 meter. Terima kasih.

    ( rosidi)

  35. Assalamualaikum wbt,
    Saya diminta utk mencari harga pakej umrah utk pej saya yang bercadang untuk menawarkan pakej umrah bagi kakitangan kami .
    Berikut detailnya pakej
    tarikh berangkat antara 1-15 mei
    dijangka di antara 20 orang yg kam turut serta di kalangan keluarga dewasa dan kanak-kanak
    perjalanan terus seperti MAS/ saudi . Jika ada yg lain pun boleh.
    Komisin untuk penganjur
    tarikh tutup 25 dis ini untuk pemilihan wakil agensi pelancongan.
    SAMAWIYAH MANAGEMANT SDN BHD

  36. Assalamualaikum,
    saya ingin bertanya bagaimana cara utk membuat upah umrah bagi arwah ayah saya,buat pengetahuan ustaz,arwah ayah sudah menunaikan haji dan kami adik beradik bercadang untuk melakukan upah umrah utk arwah ayah.boleh ustaz bagi tahu cara nya?

  37. Assaamualaikum Ustaz,

    InsyaAllah, kami sekeluarga (5 orang) berniat untuk tunaikan ibadah umrah pada cuti sekolah mac 2011 (Umrah+egypt pd 15/3/11).

    Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Ustaz berkaitan perkara berikut:

    1. Masih ada kekosongan lagi ke?
    2. Saya dari Johor bahru, Ustaz ada wakil dari sini yang boleh saya berurusan?

    terima kasih Ustaz.

    • Kami dari Singapura, ingin ikut rombongan umrah ziarah cairo ustaz tahun 2012. Mohon beri keterangan lanjut.

      Zainal Zakaria

  38. assalam ustaz,saya bekerja di jeddah,suami dan 2 anak ingin melawat saya pada 30/11/2011-21/12/2011.persoalan kami adakah visa ziarah telah di buka dan apa perkara seterusnya yg perlu kami lakukan,kami telah book tiket pada tarikh tersebut,harap ustaz dapat membantu.

  39. salam..saya telah ikut rombongan jemaah haji ust thn 2008.dekat pejabat ust,ada tak pamphlet..brochure agensi hajiumrah ust…saya nak tolong edar kat kawan2 di sekolah..jiran dll..baru2 ni ada kawan balik dr umrah..agensi yg dia ikut…ada masalah dan dia kurang puashati…saya cuma nak bantu kawan..moga mereka menunaikan ibadah umrah haji mereka dgn terbaik…diberkati dan mabrur.

  40. Assalam Ustaz

    Pakej ziarah/umrah Mac 2012 to dah confirm? Ada tak kursus sebelum bertolak di adakan di Kuala Lumpur?

    Yusof 012-221 5926

  41. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya Noor, pelajar drpd UK, sy berminat untuk mengerjakan ibadat umrah, dan kalau boleh saya nak pergi di bulan Ramdahan, dan kalau lebih bernasib baik pada 10 terakhir Ramdahan. Adakah pihak tuan menyediakan pakej Umrah pada waktu ini daripada UK? Jika ada boleh saya dapatkan quotation harga untuk pakej tersebut.

    Terima Kasih

  42. Saya mau tanya Pak ustaz, apakah kami yang WNI boleh mendaftar paket haji disini, berapa biayanya per orang, dan kapan kami baru bisa berangkat (berapa lama menunggu?), terimakasih atas jawabannya.-

  43. Assalamualaikum Hj,
    saya farzli ingin bertanya, bapa saya mempunyai penyakit diabetes dan tidak berkemampuan untuk berdiri lama dan mempunyai masalah mata. Persoalannya, adakah boleh saya upah haji untuk bapa saya di atas keuzurannya tersebut.
    Sekian, terima kasih

  44. assalamualaikum ustaz…..saya berminat untuk membuat upah haji bagi pihak suami pada tahun ini 2012…adakah masih sempat atau perlu ditunda ke tahun hadapan..sekian terima kasih

  45. Assalamualaikum ustaz. Sy ingin melakukan umrah bersama famili – 2 orang dewasa dan 4 org anak berumur 3 – 14 tahun . Berapakah bayaran utk pakej ekonomi pada cuti sekolah mei 2013 utk kami sekeluarga?

  46. Assalamu’alaikum wtb.

    Tuan Haji Ustaz,

    Saya dan rakan serta suami dan anaknya akan ke Jeddah. Kami ke sana selama 2 – 3 hari kerana kerja. Oleh kerana Mekah tidak jauh dari Jeddah maka kami berhasrat untuk mengerjakan umrah. Persoalan saya ialah di manakah dan bilakah perlu kami berniat umrah dan memakai ihram? Adakah boleh kami berniat sebelum sampai Jeddah dan memakai ihram selepas menyempurnakan kerja? Tolong beri nasihat cara terbaik agar umrah sah.

    Terima kasih.

    Yang benar,

    ADLIN MASOOD
    Tel: 019-936 0775

  47. assalam ust,
    sy mahu buat badal haji utk arwah nenek sy,krna beliau meninggal sewaktu dlm tempoh pembelajaran kursus haji,mcm mane prosedur dan bole x ust emelkan borang? atau ape je yg berkaitan

  48. Salam ustaz/ustazah…minta tolong jika sudah ada senarai harga/pakej utk umrah awal tahun 2014..insyaallah ini umrah ke2 kami skluarga..tolong yer forwarkan…insyaalllah tuk 7jemaah..salam

  49. bagaiman nak pergi menunaikan haji dengan cara pakej haji,
    harga pakej tersebut . cara nak uruskan

    • Terima kasih.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

  50. Assalammualaikum Ustaz,

    Saya dengar dari seorang hamba Allah yang mengatakan kalau nak pergi Hj cepat boleh gunakan quota dari negara asing seperti Filipina, China, Vietnam dan sebagainya dan menyuruh saya memghubungi website Ustaz. Minta maaf kalau saya tersilap atau mungkin terlalu direct sebab saya dan isteri baru daftar dgn TH tahun lepas dan terpaksa menunggu sehingga 50 tahun.. Agak memghampakan sekiran ianya benar sedangkan umursaya dah 48 tahun, beerti umur saya hampir 100 tahun baru tercapai hajat saya (itupun kalau umur panjang). Harap Ustaz dapat membantu

    • Terima kasih.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

Tinggalkan Jawapan kepada mm.rapanoi Batal balasan