4 Mohon Pakej Umrah

Sila hubungi Pejabat kami di talian 06 – 764 4494 (Haji Azhar 016 – 696 7770) atau 06 – 764 0010 (Puan Akhma 019 – 669 9620) dengan menyatakan nama-nama dan nombor telefon yang akan pergi bersama-sama anda. Anda boleh juga mendaftar dengan menghantar nama-nama melalui SMS dan anda akan dihubungi seterusnya. Sila maklumkan jika ada peserta yang berumur kurang dari 12 tahun (child) dan kurang dari 2 tahun (infant).

Dokumen-dokumen yang diperlukan dari bakal jemaah Umrah yang sedang memohon adalah

  1. Paspot Antarabangsa (sahlaku 6 bulan dan ada 2 mukasurat kosong dan bersebelahan),
  2. 4 keping foto berukuran 4 cm x 6 cm,
  3. salinan Surat Beranak jika kurang dari 12 tahun.

45 Respons

  1. Saya bercadang mengerjakan umrah & ziarah Cairo bersama keluarga (4 org/bilik : Suami/isteri & anak 8 & 10thn). Faktor pilihan pakej adalah :

    1. Direct flight ke Madinah dari KLIA (Saudi Air/MAS)

    2. Hotel berdekatan degan tempat ibadah – 5 bintang i.e. ELAF TAIBA atau setaraf / OBEROI

    3. hotel berdekatan Masjidil Haram – hotel 5 bintang i.e. Sofitel/Hilton atau setaraf / Intercontinental

    4. Termasuk tambang ziarah

    5. Excellent & Dedicated muttawif utk keluarga saya sepanjang waktu umrah & ziarah demi mendapat pengisian umrah yg maksimum -else, sila advise

    6. Termasuk makanan (i.e. M’sia) – complete course

    7. Waktu ziarah persendirian – hanya utk sekeluarga shj – else, pls advise

    Tolong Ustaz nasihat & quote harga utk pakej spt ini atau se-tarafnye.

    TQ & Wassallam …

    • saya bercadang mengerjakan bersama anak lelaki saya berumur 21 tahun dua org/ bilik.fktor pilihan pakej adalah
      1. pakej ekonomi
      2. anak saya sedang belajar di rusia.anak saya habis exam pada 5.1.2010.

      Akan pulang ke malaysia pada 7.1.2010
      3. akan pulang semula ke rusia pada bulan februari 2010
      4. saya seorang guru.
      5. ada tak pakej yang bertolak hari jumaat petang dan pulang semula hari ahad minggu depan( 9 hari atau 10 hari)
      5. tolong ustaz anggarkan harga pakej tersebut.
      tq wasallam

      • Assalamualaikum,
        Saya sekeluarga (6) bercadang menunaikan umrah pada 27 mei-3 jun 2012 nanti tetapi pakrj yang ada semuanya di antara 12 hari ke atas. Anak saya bersekolah di asrama penuh dan akan menduduki spm tahun ni. Kebiasaannya cuti hanya 1 minggu dan selebihnya kelas tambahan di sekolah. Saya berharap sangat adalah kiranya pakej yang bersesuaian. Saya dan suami baru balik dari menunaikan haji. Insya Allah boleh membantu anak kami.

  2. Aslmkm, saya telah lama bercadang utk mengerjakan umrah bersama keluarga tetapi anak anak masih kecil, seramai 6 org dgn yg sulung berumur 8 tahun manakala yg bongsu berusia 8 bulan. apakah nasihat ustaz. terima kasih

  3. assalamualaikum ustaz
    mohon beri pandangan pada soalan puan marinah memandangkan saya juga akan pergi mengerjakan umrah bulan depan bersama anak2 yang masih kecil-6 orang age 10-1 1/2. please guide us.

  4. Salam Ustaz,

    Saya bercadang untuk mengerjakan Umrah jika Allah izinkan selepas musim Haji iaitu dalam bulan Januari 2009 bersama-sama dengan isteri dan 2 anak lelaki berumur 11 dan 12 tahun.Kalau boleh kami nak dapatkan pakej yang ekonomi asalkan kami dapat menunaikan hajat yang telah lama terpendam untuk hadir kerumah Allah.Boleh tak ustaz anggarkan berapa perbelanjaan yang harus saya sediakan untuk maksud ini.

  5. assalamualaikum..

    ustaz,saya dan suami bercadang untuk mengerjakan umrah bersama kedua ibubapa kami ( 6 orang) dalam tahun ini @ awal tahun depan..tapi melihat kepada semua agensi rasanya hanya yang ada awal tahun depan.tiada ke pakej umrah pada hujung tahun iaitu selepas musim haji( dalam bulan 12 ).mendengar cerita dari beberapa rakan yang pernah mengerjakan umrah,kos untuk mengerjakan umrah selepas musim haji jauh lebih murah.betul ke..kalau boleh kami ingin menunaikan umrah pada tahun ini.apa cadangan ustaz..terima kasih.

  6. Assalamualakum ustaz,

    saya berhajat menunaikan umrah pada bulan ramadhan 2009 tahun depan bersama kedua ibu bapa saya. Minta pandangan ustaz mengenai package dan procedure untuk mengerjakan umrah berserta pendaftran. terima kasih.

  7. Assalamualaikum ustaz,

    Saya dan suami berniat untuk mengerjakan umrah dalam cuti sekolah mei jun 09, pakej Jordan. Saya nak tau kos semuanya tolak tambang untuk domestic flight kerana saya memang dari kl. Dan perlukah saya mendaftar sekarang kerana saya fikir masanya awal lagi. Terima kasih

  8. Assalamualaikum ustaz,
    Saya dan isteri berniat utk mengerjakan umrah dalam bulan Mac 2009. Saya dan isteri amat berminat utk ambil samada pakej ekonomi (Biman Air) ataupun pakej Direct Flight. Kalau saya dan isteri telah berjaya sahkan date kami, macam maner nak register dan urusan pembayaran. Urusan kursus umrah juga saya perlukan maklumat dari pihak ustaz. Mohon bantuan ustaz dalam hal ini. Sekian.
    Wassalam

  9. Assalamualaikum ustaz,
    1. Bapa saya seorang cacat penglihatan dan beliau berhajat membawa isteri dan anak-anak perempuan beliau untuk menunaikan umrah dan melawat Cairo pada tahun 2009. Adakah bantuan dari pihak ustaz untuk membantu bapa saya semasa berada di tanah suci kelak?
    2. Saya dan kakak saya hanya lapang pada bulan Mei/Jun dan juga jika pergi lebih awal dari tarikh tersebut, ada masalah kewangan sedikit. Mohon pihak ustaz cadangkan pakej yang sesuai untuk kami dan cara-cara untuk mendaftar. Bilangan ahli kami adalah seramai 9 orang. InsyaAllah
    Sekian, terima kasih.

  10. Salam Ustaz ,

    Saya berniat untuk menunaikan umrah tahun hadapan April/Mei 2010 bersama -sama suami saya , (saudara baru) dari Australia .

    Suami saya tidak fasih berbahasa Melayu dan saya ingin mengetahui samada saya boleh mendapatkan bantuan dari ustaz untuk mengendalikan kursus dalam bahasa Inggeris .

    Dan saya ingin tahu samada saya boleh mendapatkan Mutawif berbahasa inggeris yang dapat membimbingnya ketika di tanah suci Mekah.

  11. assalamualaikum.
    saya bercadang hendak mengerjakan umrah dengan kakak saya pada 2010. Saya hanya dapat pergi sekiranya cuti sekolah pjg selama 2 minggu. Boleh ustaz bagi tarikh yang dan harga pakej tersebut.

  12. Assalamualaikum,

    Kenapa perlu surat beranak jika anak 12 kebawah dan baby, kan sekarang dah ada MyKid.

  13. hantar jaduar pergi umrah 2010.
    harga pakej umrah.
    tempat kursus umrah.

  14. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera

    Saya adalah agen kepada Hypernet Resources. Ingin memperkenalkan satu sistem khidmat pesanan ringkas (sms/mms) yang boleh digunakan melalui web site. Sistem ini boleh memberi banyak faedah kepada pengguna (syarikat atau persatuan) dalam sistem komunikasi. Dengan memperkenalkan kos perkhidmatan sms/mms yang murah sehingga 0.05 sen ia boleh dihantar kepada semua jenis talian (019,013,012,017,016,014) pada kadar yang sama. Untuk keterangan lanjut sila kunjungi http://www.330hyper.com. Bagi mendapatkan penjelasan mengenai sistem ini tuan/puan disarankan untuk memuatturun aplikasi presentasi dengan mengeklik (Pakej eHyProBulksms). Jika pihak tuan/puan berminat boleh mendaftarkan di

    http://www.330hyper.com/hyprosms/?rId=128662

    dan membuat pembayaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Setelah itu maklumkan kepada saya bagi tuan pengesahan dan pengaktifan sistem. Sila pastikan semua arahan syarikat dipatuhi supaya mengelakkan sebarang kesulitan.
    http://www.330hyper.com/e-hyprobulksms.html
    http://www.rahsiabulksms.com/index.php?ref=sjk_agency
    Tuan/puan juga boleh menghubungi saya di talian 012-4965669 Syamsul atau skyfighter31@gmail.com

    Sekian terima kasih.

    Syamsul Jujiannikefly Bin Baharurazi
    sjk_agency

  15. Salam..
    Saya bersama isteri bercadang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Jangkamasa umrah saya (berada di Tanah Suci) adalah cuma 4 hari. Saya memohon pandangan dari pihak tuan

  16. Salam ustaz,
    Kami beberapa org akhawat Mesir berminat untuk mengerjakan umrah pada tahun ini.
    Tarikh yang paling selamat hujung Julai/awal ogos memandangkan jadual final exam belum keluar lg.
    soalannya, apa yang perlu kami lakukan utk:
    1. Urusan tiket
    2. Permohonan Visa
    3. Urusan pembayaran

    Harap dapat tahu lebih lanjut. T.kasih. Jzkk

  17. Salam ustaz…

    saya ingin bertanya beberapa soalan.

    Saya bercadang untuk menunaikan umrah bersama keluarga saya pada 2011 nanti insy. Terdiri dr 5 dewasa.

    Saya ingin tahu berapa kos keseluruhan yang terlibat. harap ustaz dpt reply secepat mungkin kerana saya skrg masih lagi dlm proses menyimpan dan jawapan ustaz dpt membantu.

  18. Salam ust,

    Saya bercadang untuk menunaikan umrah bersama keluarga, 3 dewasa, dan 2 di bawah 12. Atas kekangan kos, bila waktu/musim yang paling murah dan berapakah kosnya. Bagaimana dengan cara pendaftarannya. Harap ust membantu. Terima kasih.

  19. Salam Ustaz,

    Saya dan keluarga bercadang untuk mengerjakan umrah & ziarah bulan disember, 2010. Kami berhasrat menguruskan sendiri hotel ketika di mekah (hilton)& madinah (elaf kindah/hilton) dan juga tiket flight (saudia) memandangkan ini kali ke empat kami kesana. Walau bagaimanapun, kami memerlukan agen untuk menguruskan visa ziarah dan juga airport transfer.

    Adakah pihak ustaz dapat membantu dlm hal ini? harap dapat jawapan segera dari pihak ustaz. terima kasih.

  20. assalamualaikum wbt,

    ustaz, saya berharap dpt mengerjakan umrah pada awal tahun hadapan bersama ibubapa. Namun, sekarang ini, saya sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan tidak pasti bila pula tamatnya, samada bulan Mac atau Jun 2011 (bergantung pada viva). Jika saya mendaftar untuk ibuayah dan saya, (3 org), bagi umrah ekonomi (Mei), dan jika saya masih berada di UK, bolehkah kami menangguhkan utk umrah bagi tarikh yg lain? atau seeloknya saya tangguh pendaftaran sehingga saya sudah berada di Malaysia?

    terima kasih

    • lanjutan dari soalan diatas ustaz,

      atau jika saya masih berada di UK pada bulan Mei tersebut, bolehkah saya mengikuti pakej sama yg diikuti ibuayah saya tetapi penerbangan pergi dan pulang saya terus dari dan ke UK? jika boleh, bagaimana pula harganya dan bagaimana dengan pengurusan visa etc? terima kasih.

  21. assalamualaikum ustaz,

    saya dah berbincang dgn ibuayah dan kami berminat nak join umrah semasa mei nanti. cuma saya nak tahu, berapa lama urusan visa? ini kerana saya masih berada di UK akan pulang ke Malaysia untuk ikut rombongan terus dari Malaysia kerana ayah tak benarkan saya terbang terus dari UK ke Saudi.

    terima kasih

  22. Salam. saya dan suami ingin menunaikkan umrah serta ziarah ke Jordan n Syria selama 14hari (15/12/2010 – 29/12/10). Bilik utk 2 org. Harap dapt ustaz berikkan kami sebutan harga. andainya tiada program tersebut dgn ustaz besarlah harapan sy sekiranya dpt ustaz berikan syarikat lain. terima kasih

  23. Saya terasa nak buat Ummrah bersama ibu saya, ini kerana keingginan ibu saya dan diri saya untuk ke sana terasa teramat sangat.

    Saya tak tahu macamana nak mulakan, dan apa yang perlu saya lakukan untuk membuat ummrah, dipendekkan cerita saya ni tak tahu kos yang murah sekali, jadual, cara melakukannya ummrah ini, dan macamana saya nak daftar pun tak tahu

    azlan
    019-7990780
    Mersing Johor

  24. Salam Ust Halim,

    Salam.
    Saya dan anak lelaki saya berumur 12 thn ingin mngrjakan umrah pd bulan 3 thn depan (2011).

    kami masih mencari package yg termurah dan selesa. diharap pihak tuan dapat menghubungi kami utk tujuan ini.

    terima kasih.
    pn. Nisa
    0123586113

  25. Salam

    Saya bercadang nak buat Umrah tanpa ziarah kemana2 destinasi pada Jan 2011.

    Cadang nak pergi 11.1.11 dan balik hujung bulan jan

    Hope to get package 14N/12D at least…or 12N/10D

    Nak pergi sorang sahaja…

    harap ustaz sudi membantu jika ada pakej tsbt…

  26. Assalamulaikum ustaz.
    InsyaAllah saya dan suami merancang untuk mengerjakan umrah sekitar pertengahan bulan Mac-April 2011. Kami sekarang berada di UK.

    Boleh saya tahu adakah terdapat pakej yang sesuai dengan kami? (tidak termasuk tiket penerbangan dan visa umrah)

  27. assalamualaikm ustaz…
    saya nak bertanya adakah program umrah dan ziarah yang melebehi 20 hari?
    saya bercadang hendak mengerjakan umrah bersama isteri tahun 2011 dan berminat untuk tinggal dimadinah @ mekah lebih lama dari yang biasa dibuat orang lain….

  28. assalamualaikum ustaz….
    saya nak bertanya adakah pekej mengerjakan umrah dan ziarah yang melebehi 20 hari dengan harga yang paling murah?
    saya bercadang hendak mengerjakan umrah pada tahun 2011 bersama isteri dan berminat untuk tinggal di mekah & madinah lebih lama dari biasa?

  29. Salam Ust Halim,

    Salam.
    Saya dan seisi keluarga, suami, dua anak lelaki 19 thn dan 14 thn dan seorg ank permpuan ingin mngrjakan umrah pd bulan Mei-Jun tahun 2011 (Cuti sekolah penggal 1). Saya berhasrat untuk tinggal sebilik 5 orang

    Kami masih mencari package yg sesuai, murah dan selesa. diharap pihak tuan dapat menghubungi kami utk tujuan ini.

    Kerjasama ustaz diucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha ustaz diberkati Allah.

  30. salam…
    saya bercadang menunaikan umrah pada musim cuti mei -jun..2 org bersama mak.minta sebut harga dan tempat kursus.saya tinggal di seremban.

  31. salam ustaz,
    saya, isteri dan anak2 (8 & 10 tahun) bercadang mengerjakan umrah selepas bercuti di turki, syria dan jordan 5 – 16 dec 2011. kami bercadang meneruskan perjalanan ke madinah pd 17/12/2011 dan bermalam 2 malam di madinah. Miqat di Bir Ali dan terus ke Mekah…. bermalam 2 malam di mekah…. lepas mengerjakan umrah, kami bercadang ziarah cairo & iskandariah dan seterusnya balik ke tanah air melalui cairo… adakah ustaz dapat sediakan pakej transport (coach) + penginapan + makan dari amman – madinah – mekah – cairo termasuk flite dari cairo – KL dan visa umrah (dan visa egypt) ? salam

  32. salam ustaz,
    insya Allah kami akan ubah percutian kami ke turki, syria dan jordan dari dec 2011 ke akhir 20 -29 feb 2012 agar dapat mengerjakan umrah pd awal mac 2012.

    Oleh itu kami bercadang meneruskan perjalanan ke madinah pd 1/3/2012 dan bermalam 2 malam di madinah. Miqat di Bir Ali dan terus ke Mekah…. bermalam 2 malam di mekah…. lepas mengerjakan umrah, kami bercadang ziarah cairo & iskandariah dan seterusnya balik ke tanah air melalui cairo… adakah ustaz dapat sediakan pakej transport (coach) + penginapan + makan dari amman – madinah – mekah – cairo termasuk flite dari cairo – KL serta visa umrah dan visa egypt?
    wassalam

  33. Assalamualaikum Ustaz,

    Boleh tidak e-mailkan kepada saya itenary dan info lengkap untuk program umrah super saver tu? Saya dan rakan2 berminat, mana tau dapat kumpul jemaah dari KK ramai.. bagus juga..

  34. Assalamualaikum wbt

    Saya bercadang mengerjakan umrah bersama anak perempuan saya, umur 8 tahun. Saya mohon maklumat tarikh paling sesuai untuk ke sana. tarikh berkenaan tidak semestinya waktu cuti sekolah. Mohon juga maklumat harga untuk kami dua beranak, berapakah anggaran kosnya? Terima kasih.

  35. Assalamualaikum,,Ustaz saya ingin mengerjakan umrah bagi pakej Umrah + Egypt Tour (14 hari- RM6850).Tarikhnya 25.5.2012 – 7.6.2012. Saya seramai 3 orang, iaitu suami,saya & anak lelaki berumur 19 tahun. Saya kurang sihat & mohon jasa baik agar pihak ustaz dapat menempah hotel penginapan yang hampir dengan Masjidil Haram.

  36. Assalamualaikum ustaz,saya ingin mengerjakan umrah besama2 suami saya..masalahnya kami telah membuat passport antarabangsa pada 21 Dec 2011 dan tarikh yang kami ingin pilih umrah pada 25 Mei 2012.. belum mencukupi 6 bulan..bolehkah kami dapat pergi..harap ustaz membantu

  37. a kum ustaz.. Saya bercadang utkj tunai umrah bersama ibu saudara saya pada 1 jan 2013 iaitu pakej umrah musim sejuk. macamana saya nak mendaftar

  38. Assalammualaikum ustaz…sya brumur 22 tahun…(lelaki)mgkin ingin prgi seorg atupn keluarga…( 3 / 5 org )..sy tdk ada pngathuan tntg ilmu umrah ni ustaz…sy tdk thu kos nya…blum mmpnyi visa..boleh tidak skrinya ustaz dpt brikn jwapn kpd sy…

  39. salam,adakah pasport original diperlukan semasa mendaftar umrah?..sekiranya kesulitan wujud seperti : pelajar luar negara yg ingin membuat umrah semasa cuti , paspot harus bersama pelajar setiap masa sepanjang mrka diluar negara.

  40. salam ustaz saya nak tanyakan pakage umrah cuti sekolah harga 5450 untuk saya dan suami dan anak2 15th 13th 11th 9th 8th berapa jumlah ya ustaz kanak2 ada potongan harga ke? dan jarak hotel ke masjid di mekah dan madinah berapa m ya. tksih ustaz

    • Wsm ww

      1- Harga pakej Umrah Cuti Sekolah Mac 2014 adalah RM5750 (Harga Dewasa Bilik Berkumpulan).
      2- Harga bagi kanak-kanak (dibawah 12 tahun) adalah 80% harga dewasa iaitu 80%x RM5750 = RM4,600.
      3- Maka jumlah harga tuan puan dan anak anak adalah RM5750 x 4 dewasa + RM5750 x 80% x 3 kanak-kanak = RM23,000 + 13,800 = RM38,800.
      4- Jarak hotel ke masjid adalah 300-400 meter di Mekah dan 150-200 meter di Madinah.

      Sama-sama.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

Tinggalkan Jawapan kepada lenny mohd zin Batal balasan